20201023_Masidi_BPO_01
20201023_Masidi_BPO_01

PPN: Sabah layak beralih ke fasa empat mulai Isnin ini - Masidi

webadmin
06 Nov 2021 06:41am
A
A
A

KOTA KINABALU - Sabah layak beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (8 Nov), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata walaupun layak beralih ke Fasa Empat, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

"Orang ramai diingatkan agar sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) meskipun beberapa SOP dilonggarkan dalam Fasa Empat ini," katanya menerusi kenyataan di Twitternya hari ini.

Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN iaitu penentuan nilai ambang PPN ialah purata kes harian COVID-19, penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi dan peratusan populasi layak yang divaksinasi sepenuhnya.

Sementara itu dalam kenyataan media hari ini, Masidi berkata kes COVID-19 baharu di Sabah hari ini ialah 554 kes berbanding 655 kes semalam iaitu turun sebanyak 101 kes.

"Bagi keseluruhan negeri Sabah, 303 kes atau 54.7 peratus adalah kes COVID-19 berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam lepas, manakala selebihnya kes yang didaftarkan lewat," katanya.

Beliau berkata 97 peratus daripada 554 kes direkodkan hari ini adalah kes-kes ringan yang tidak memerlukan rawatan di hospital iaitu 101 orang dalam kategori satu manakala 438 kategori dua. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok