Dari kiri: Ahmad Dasuki, Awang Adek, Mohamed Khalid dan Abdul Rahman pada majlis penyampaian Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada pelajar USM telah diadakan di Masjid Al-Malik Khalid USM.
Dari kiri: Ahmad Dasuki, Awang Adek, Mohamed Khalid dan Abdul Rahman pada majlis penyampaian Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada pelajar USM telah diadakan di Masjid Al-Malik Khalid USM.

PTPTN peruntuk RM231,00 untuk mahasiswa USM yang kurang berkemampuan

AZLEENDA SAHALUDIN
05 Apr 2023 10:46am
A
A
A

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperuntukkan sebanyak RM231,000 kepada 462 mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang kurang berkemampuan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

Merujuk kenyataan PTPTN, peruntukan berkenaan adalah satu inisiatif perbadanan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi program Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin untuk membantu mahasiswa-mahasiswa terbabit.

“Setiap mahasiswa USM yang terdiri daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar layak menerima bantuan berjumlah RM500 secara sekali agihan dan ia akan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank mereka.

“Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan USM bagi memastikan penerima adalah daripada kumpulan sasaran yang layak,” menurut kenyataan berkenaan.

Majlis penyampaian Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada mahasiswa USM telah berlangsung di Masjid Al-Malik Khalid USM pada 3 April lalu sempena Majlis Iftar USM yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin; Naib Canselor USM, Profesor Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Menurut PTPTN lagi, inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin akan dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain dalam usaha meringankan beban kewangan pelajar.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok