1256714
1256714

Pulau Pinang tawar pendidikan percuma, peluang pekerjaan

webadmin
05 Nov 2021 12:21pm
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri berhasrat memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menikmati peluang pendidikan secara percuma serta laluan kerjaya yang lebih berkualiti dengan Program Penajaan Pendidikan (PPP).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata seramai 1,000 orang pelajar berumur 30 tahun ke bawah bakal memperoleh manfaat daripada jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dengan Akademi J&W Sdn Bhd.

“Program ini telah dirangka dengan sebaiknya untuk membantu anak-anak Pulau Pinang yang tidak berpeluang melanjutkan pembelajaran ke universiti awam dan juga tidak berkemampuan ke universiti swasta.

"Satu platform akan disediakan bagi membolehkan mereka bekerja sambil melanjutkan pelajaran ke kursus peringkat diploma dan ijazah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Wawasan Open University, Open University Malaysia dan Lincoln University College,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Chow dan Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam, Chong Eng hadirmenyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Pengarah Urusan Akademi J&W Sdn Bhd, Dr TanGuan Heng.

Chow turut berharap lebih banyak kolaborasi dan komitmen sedemikian dapat dilihat padamasa akan datang, sekali gus dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.

Tan berkata peluang pekerjaan akan disediakan oleh kira-kira 120 syarikat di Pulau Pinang yang telah bekerjasama dengan Akademi J&W, dan mereka yang terlibat juga mempunyai hak sebagai seorang pekerja dengan gaji asas bulanan bermula dengan RM1,200 serta caruman EPF dan SOCSO. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok