Sambutan Aidilfitri Sekolah Rendah Islam Al-Azhar disambut sederhana tapi meriah
Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Arau (SRIAZ) merupakan antara sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH yang baru ditubuhkan pada tahun 2016.
Murid membuat kad Raya
Sekolah ini mempunyai tiga orang guru dan 15 orang murid Tahun satu
Sambutan Aidilfitri yang diadakan buat kali pertama kali berlangsung dengan meriah walaupun dalam kesederhanaan.
Aktiviti membaca Al-Quran
Acara dimulakan pada awal pagi dengan perhimpunan para pelajar dan sesi fotografi.
Aktiviti membuat kad Raya
Aktiviti diteruskan dengan kelas Al-Quran oleh murid-murid. Jamuan hari raya adakan selepas waktu kelas.
Di sekolah ini, murid-murid dipupuk dengan sikap kerjasama.Bagi melatih murid-murid sekolah ini menjadi insan yang sukakan kebersihan, guru-guru sekolah telah melatih muridnya supaya bergotong royong membersihkan kawasan sekolah selepas majlis selesai.
Aktiviti bergambar
Murid-murid sekolah ini juga melakukan aktiviti "riang di Aidilfitri" dengan membuat kad raya gergasi.
Jamuan Hari Raya
Turut diadakan sesi penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya berpuasa penuh, melaksanakan solat lima waktu,Solat sunat dhuha dan solat sunat tarawih sepanjang Ramadhan.
Aktiviti mengemas
Majlis sambutan Aidilfitri diakhiri dengan pemberian duit raya dan bersalaman dengan guru-guru.
Pebarisan Murid