SKBA
SKBA

SK Bandar Anggerik miliki guru cemerlang, murid aktif dalam akademik dan kokurikulum

Norliza Wasilan
30 Aug 2022 12:21pm
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik, Shah Alam, Selangor ini memiliki warga pendidik yang cukup cemerlang dalam membentuk kemenjadian murid.

Ini terbukti menerusi penghargaan yang diterima guru sekolah berkenaan, Hasniza Mustaffa, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Guru Ikon STEM Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2021 peringkat negeri Selangor.

Selain itu, SK Bandar Anggerik turut cemerlang apabila warga pendidiknya diiktiraf sebagai Ikon Guru Perpustakaan dan Media.

Pada 2021 pula, sekolah ini telah melakar pencapaian membanggakan apabila seorang gurunya dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan (AKTeP) Negeri Selangor 2021.

Tidak terhad dengan pencapaian guru saja, sekolah ini turut melahirkan murid yang cukup berbakat dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Ini dibuktikan menerusi pencapaian Maryam Baltasar sebagai Tokoh Nilam Daerah Petaling Perdana.

Sofea Amani Ahmad Bunyamin pula cemerlang apabila menjadi johan Pertandingan Kuiz Perkhemahan Sekolah Rendah Pergerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Negeri Selangor yang dijalankan secara dalam talian pada Jun lalu.

Manakala Muhammad Amsyar Rafiq Meor Amir Amran aktif dalam permainan catur dan menyertai KPJUC Open Online Chess Tournament 2021 anjuran KPJ Healthcare University College dan Kejohanan Catur Terbuka PCOKUNJ anjuran Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor.

Menerusi Kancil Science Competition BETA Category 2021 anjuran Kancil Science Malaysia, SK Bandar Anggerik cemerlang apabila muridnya Aimi Qistina Mohd Yushafizal raih emas, manakala Nur Az-Zahra Ixora Abdullah (perak) dan Rania Azra Fairul Azam (gangsa).

Sementara itu, tiga murid sekolah berkenaan iaitu Muhammad Aqil Haziq Mohd Marzuki; Inas Batrisya Insyirah Zaidi dan Muhamad Ilham Nadwan Luqman Hakim turut meraih kejayaan apabila diumumkan sebagai pemenang pingat gangsa dalam Malaysia Mathematics Competition 2021 (Upper Primary) anjuran HOTS Educational Innovation Development.

Aktiviti kokurikulum sekolah ini juga mempunyai pencapaian cukup baik apabila diumumkan sebagai johan dalam acara olahraga 4x100 meter yang diadakan di SK Seksyen 13 peringkat daerah 2022 menerusi penyertaan Ghazi Al Firas dan Muhd Azfar Aniq.

Gandingan tiga murid iaitu Nur Izzah Athilah Razwan, Norell Amani Norfi Azri dan Nurhanis Hazwani Sharuddin pula meraih kejayaan apabila diumumkan menduduki tempat pertama dalam The 18TH Girl Scout International e-Camp Korea Homepage, tahun lalu.

Selain itu Muhammed Shabeer Raiqal Sahrul Adhli pula aktif dalam aktiviti badan beruniform sekolah menerusi penyertaan dalam The 18TH Girl Scout International e-Camp Korea Homepage dan Pertandingan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Petaling Perdana (sijil lencana wajib penunggang basikal) peringkat daerah 2022.

Berikutan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang, maka ia menjadi sandaran untuk SK Bandar Anggerik menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Artikel berkaitan

Tersenarai 2 peratus Saintis Terbaik Dunia, Norazah kini jadi inspirasi ahli akademik lain

Perbincangan Meja Bulat babitkan 60 peserta, bincang keperluan terkini Kurikulum Asuhan Permata

Tersenarai 2 peratus Saintis Terbaik Dunia, Norazah kini jadi inspirasi ahli akademik lain


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok