SMK Kota Klias lulus 100 peratus, dahului 66 sekolah menengah di Sabah
SMK Kota Klias lulus 100 peratus, dahului 66 sekolah menengah di Sabah

SMK Kota Klias lulus 100 peratus, dahului 66 sekolah menengah di Sabah

Azliyana Sulaiman
31 Dec 2020 01:26am
A
A
A

TAMPARULI - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias, Beaufort, Sabah, mencatat keputusan 100 peratus lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 dengan peningkatan gred purata sekolah, sekali gus mendahului 66 sekolah menengah lain di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin berkata SMK Kota Klias menerusi 15 calon memperoleh pencapaian cemerlang gred purata sekolah 3.40 peratus pada 2019, berbanding 3.17 peratus pada 2018.

"Ia diikuti 37 calon dari SMK Merotai Besar, Tawau, lulus 100 peratus dengan gred purata sekolah 3.30 peratus pada 2019 berbanding 3.31 peratus pada 2018, manakala SMK Kunak Jaya, Kunak dengan 42 calon juga lulus 100 peratus dengan gred purata sekolah 3.21 peratus pada 2019 berbanding hanya 3.19 peratus pada 2018," katanya mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2019, di SMK Tamparuli di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jenifer Lasimbang.

Katanya, sekolah yang turut memperoleh keputusan 100 peratus lulus ialah SMK Agama Limauan di Kimanis, SMA Mohammad Ali, Ranau, SMK Membakut, SMK Umas-Umas, Tawau, SMK Pekan Kuala Penyu, SMK Tenghilan, Tuaran, SMK Tun Fuad Stephen, Kiulu serta SMK Kudat Dua, Kudat.

Lapan lagi sekolah ialah SMK Menumbok di Kuala Penyu, SMK Benoni, Papar, SMK Desa Kencana, Lahad Datu, SMK Membakut Dua, Membakut, SMK Agama Tun Said, Kota Belud, SMK Weston, Beaufort, SMK Kuala Penyu dan SMK Segaliud, Sandakan.

Beliau berkata, sebanyak 21 mata pelajaran STPM yang diduduki calon di negeri ini, menunjukkan peningkatan, antaranya Bahasa Cina yang mencatat 89.75 peratus lulus penuh, Literature in English (100 peratus) dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif (86.93 peratus).

Seramai 51 calon berjaya memperoleh pencapaian purata nilai kumulatif pada 2019, iaitu pencapaian sama direkodkan 51 calon pada 2018.

Seramai 7,036 calon menduduki STPM di Sabah pada 2019, berbanding 6,787 calon yang mengambil peperiksaan sama pada 2018. - Bernama

Artikel Menarik:

'Kerana sering gatal kepala, Cikgu Aisham nekad kutip kutu murid. Buang tepi jijik, kotor, geli'

'Cutipun murid datang sekolah' - Rimba Kecil berjaya selesaikan masalah kehadiran SK Sayong Pinang

'Tak sangka dia boleh lukis macam ni' - Guru Bahasa Melayu terkejut tengok buku karangan pelajar

Patutlah hari persaraan dapat hadiah jongkong emas, bukan 'kaleng-kaleng' cikgu sukan ini

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok