STAM bermula 29 Mac hingga 7 April depan, 7,277 calon akan duduki peperiksaan itu
STAM bermula 29 Mac hingga 7 April depan, 7,277 calon akan duduki peperiksaan itu

STAM bermula 29 Mac hingga 7 April depan, 7,277 calon akan duduki peperiksaan itu

Azliyana Sulaiman
24 Mar 2021 11:31am
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 7,277 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 bermula dari 29 Mac hingga 7 April depan di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Selasa, seramai 1,144 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

“Lembaga Peperiksaan (LP) ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan STAM 2020 mengenai tarikh dan masa peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal LP di http://lp.moe.gov.my. ,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua calon diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 ke pusat peperiksaan.

“LP juga ingin mengingatkan semua calon untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan mencegah penularan wabak Covid-19.

INFO STAM

1) Latar Belakang

  • Sijil STAM sebagai syarat kelayakan memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir.

  • Menggantikan 26 sijil yang dikeluarkan oleh negeri-negeri secara berasingan.

2) Usahasama

Termeterai Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara KPM dan Al-Azhar Al-Syarif.

3) Tarikh Mula

Peperiksaan STAM disebarluas dan dilaksanakan mulai tahun 2000.

4) Kurikulum dan Buku Teks

Diambil daripada Maahad Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar, Republik Arab Mesir

5) Tiga Bidang

Merangkumi 10 mata pelajaran dalam tiga bidang: Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin.

6) Bahasa Pengantar

Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam PdP dan peperiksaan.

7) Pengiktirafan

  • STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

  • Pemegang sijil STAM layak memohon ke IPTA dengan sijil ini.

8) Syarat Pensijilan

Sekurang-kurangnya gred Maqbul (lulus) dalam kesemua 10 mata pelajaran.

9) Pangkat Sijil

i- Mumtaz (cemerlang)

ii- Jayyid Jiddan (sangat baik)

iii- Jayyid (baik)

iv- Maqbul (lulus)

10) Pengantarabangsaan

Peperiksaan STAM diperkenalkan di Kemboja mulai tahun 2016.

Artikel menarik

USIM lancar Grup USIM Art Prosumer, kongsi kepakaran seni kepada komuniti

Siapa sangka, karya pelajar Malaysia mampu diterbitkan dalam majalah di luar negara




 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok