274013430_493886928775118_4647455841187119618_n
274013430_493886928775118_4647455841187119618_n

Tahniah! Seramai 8,120 guru berjaya temuduga mula lapor diri pada 1 Mac

Adlan Farhan Azwan
17 Feb 2022 11:36am
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara one-off yang berjaya dalam temuduga fasa dua dan tiga akan mula melapor diri pada 1 Mac ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, kesemua guru yang berjaya boleh mula membuat semakan penempatan bermula Isnin lepas.

“Kepada calon yang berjaya dipilih, tahniah dan selamat bertugas saya ucapkan. Manfaatkanlah peluang menjadi guru untuk bekerja setulus hati ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang lebih hebat,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook rasmi milik beliau.

Baca juga 

(VIDEO) Murid ke sekolah pakai selipar, guru hadiahkan kasut anaknya

Tidak jemu didik anak murid membaca, Cikgu Ahmad Safarman bekerjasama dengan guru kelas pemulihan

Radzi juga berkata pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang adalah bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

“Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik untuk mempercepatkan pelantikan dan penempatan baki pengambilan guru one-off dalam masa terdekat.

“Ini amat penting bagi menampung keperluan guru, khususnya bagi sesi persekolahan akan datang.

“Insya-Allah KPM akan berusaha untuk menyelesaikan perkara yang telah lama berlarutan satu per satu. Teruskan memberi sokongan anda demi pendidikan generasi pewaris negara,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Terlebih dahulu, Radzi telah mengarahkan supaya SPP diminta untuk segera menyelesaikan pengambilan khas guru secara one-off bagi menyediakan guru berkualiti yang mencukupi untuk memenuhi kekosongan jawatan sedia ada.

Sinar Bestari ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua guru yang berjaya dan berharap supaya terus bersemangat dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok