Ustaz Quszaini perkenalkan Teknik Putaran Waktu, bantu murid memahami kepentingan ‘masa’
Ustaz Quszaini perkenalkan Teknik Putaran Waktu, bantu murid memahami kepentingan ‘masa’

Ustaz Quszaini perkenalkan Teknik Putaran Waktu, bantu murid memahami kepentingan ‘masa’

Roshlawaty Md Raieh
24 Nov 2020 01:10am
A
A
A

Pembentangan secara berkumpulan murid Tahun Lima Akasia berkenaan tugasan yang berjaya dihasilkan.

Ustaz Quszaini perkenalkan Teknik Putaran Waktu, bantu murid memahami kepentingan ‘masa’

GURU Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Kenering, Hulu Perak, Ustaz Quszaini Abd Manan memperkenalkan lima kaedah mudah untuk murid-murid memahami kepentingan ‘masa’ dalam kehidupan masing-masing.

Kaedah mudah yang dikenali sebagai Teknik Putaran Waktu itu diketengahkan menerusi mata pelajaran Bahasa Arab Tahun Lima.

Lima kaedah mudah itu adalah...

1) Hafalan Mufradat (Perbendaharaan Kata)

Guru mendedahkan perkataan yang berkaitan dengan jam. Murid-murid akan menghafal perkataan tersebut dan mencatat dalam buku latihan.

2) Membuat putaran

Guru meminta murid untuk membuat putaran dan pusingan jam dalam bilik darjah dan merasai sendiri penggunaan jam dalam kehidupan seharian.

3) Murid mengaplikasikan perbualan

Setiap murid akan bersoal jawab dan berbual bersama rakan di sebelah terlebih dahulu berkaitan masa.

4) Pembentangan individu

Murid secara individu akan ke hadapan dan menunjukkan bahan yang telah dihasilkan.

5) Pembentangan secara berkumpulan

Perkara ini paling menyeronokkan apabila setiap kumpulan akan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik di hadapan kelas. Bahkan masing-masing cuba mempamerkan dan menerangkan bahan yang telah dibuat.

“Ternyata kaedah ini menjadi dan merangsang minda mereka untuk terus mencintai Bahasa Arab.

“Mereka akan lebih mengetahui tentang waktu dalam Bahasa Arab bermula dari nombor 1 hingga 12. Mereka faham, melakukan dan mempraktikkan tentang penggunaan masa dalam kehidupan seharian,” kata Ustaz Quszaini.

Diharapkan teknik yang ringkas ini, akan terus menjadi pilihan guru-guru untuk mempraktikkan di dalam kelas kelak sekali gus memupuk minat murid untuk memahami dan mencintai Bahasa Arab untuk jangka masa panjang.

Ustaz Quszaini

Artikel berkaitan:

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok