dodol2
dodol2

Warga UTM sediakan 1,000 pek dodol

Nor Azma  Muhamat Laila
29 Apr 2022 04:29pm
A
A
A

JOHOR BAHRU — Seramai 150 peserta terdiri daripada pelajar dan staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta komuniti telah menyediakan 1,000 pek dodol untuk diagihkan kepada warga universiti melalui program Jom Kacau Dodol Perdana 2022, yang diadakan di Dataran U4 Kolej Perdana, UTM, baru-baru ini.

Pengetua Kolej Perdana, Dr Syamsul Hendra Mahmud berkata, sebanyak kira-kira 160 kilogram (kg) bahan-bahan telah disediakan dan dodol tersebut dihasilkan menggunakan 10 kawah melambangkan 10 wakil pusat tanggungjawab (PTJ).

"Program tersebut diadakan bagi memupuk semangat gotong-royong sekali gus menambahkan kemeriahan dan keceriaan bulan Syawal kepada komuniti yang tinggal di UTM.

Shamsul (depan, tengah) bergambar bersama peserta Majlis Jom Kacau Dodol Perdana anjuran UTM.
 -- foto BERNAMA.

"Ia juga diadakan bertujuan untuk memelihara tradisi turun-temurun di samping memperkenalkannya kepada pelajar antarabangsa di UTM," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Bermula seawal pukul 10 malam, peserta yang mewakili 10 PTJ di UTM termasuk komuniti dari KRT Taman Desa Idaman Senai telah bertungkus-lumus menyediakan dodol sehingga selesai kira-kira pukul 2 pagi.

Program tersebut merupakan sinergi antara kolej kediaman dan PTJ yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr Shamsul Sahibuddin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok