Yayasan MSU bantu pelajar cemerlang
Yayasan MSU bantu pelajar cemerlang

Yayasan MSU bantu pelajar cemerlang

Azliyana Sulaiman
23 Mar 2021 06:50am
A
A
A

Yayasan MSU (YMSU) sentiasa menyokong pembudaya kecemerlangan pendidikan apabila melancarkan Biasiswa Yayasan MSU yang bermatlamat untuk memberikan lebih akses pendidikan kepada semua pelajarnya.

Untuk permulaan, tiga  pelajar telah dipilih sebagai penerima biasiswa SCORE atau Scholarship Reward for Excellence khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang dalam akademik

Pelajar yang terpilih ialah Muhammad Danish Mohd Nizam, Lim Zi Ling  dan Mandy Chan Wen Xi yang merupakan pelajar MSU bagi program asas prauniversiti (Science Biology/Health Science) bagi sesi Februari 2021.

Mereka seterusnya akan menyambung pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di International Medical School, MSU.

Mereka merupakan penerima biasiswa kumpulan pertama yang berjaya dipilih daripada keseluruhan 164 permohonan untuk biasiswa SCORE.

Hadir untuk menyampaikan penganugerahan biasiswa tersebut ialah Presiden MSU,  Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Turut hadir ialah Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi MSU,  Datuk Rosli Yusof.

Selain biasiswa SCORE, Yayasan MSU turut menawarkan biasiswa khusus untuk pelajar yang cemerlang dalam aspek ko-kurikulum, biasiswa MORE atau MSU Outstanding Reward.

Manakala Yayasan MSU melalui biasiswa YM Hibiscus  Project pula menyasarkan untuk membantu kakitangan MSU dan Kolej MSU dalam memperkasakan dan menyokong inisatif aspek pembangunan modal insan.

Yayasan MSU turut menawarkan biasiswa khusus kepada para pelajar MSU yang ingin memperolehi pendedahan global melalui program Global Mobility Programme (GMP), Global Leadership Programme (GLP), dan Global Internship Programme (GIP).

Untuk tahun 2019, Yayasan MSU telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM9.2 juta dalam bentuk biasiswa dan zakat kepada 992 penerima termasuk pelajar antarabangsanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok