Azura Yusop_7018120198150425882
Azura Yusop_7018120198150425882

5P yang diperlukan bagi mendidik kanak-kanak pendidikan khas

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
29 Nov 2021 11:47am

Tugas mendidik kanak-kanak bukan perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pendidikan khas.

Cikgu Nur Azura Bt Mohamad Yusop dari Sekolah Kebangsaan Lepar, Pekan Pahang merupakan salah seorang tenaga pengajar pendidikan khas.

Cikgu Nur Azura sangat aktif di laman Tiktoknya dengan memaparkan aktiviti serta proses yang harus dijalani dalam pembelajaran murid pendidikan khas.

Antara video beliau yang mendapat perhatian adalah apabila Cikgu Nur Azura menerangkan 5P yang perlu ada pada guru pendidikan khas.

[video width="576" height="1024" mp4="https://sinarbestaricdn.sinarharian.com.my/uploads/2021/11/Azura-Yusop_7018120198150425882.mp4"][/video]

1. Positif

Tidak dinafikan, cabaran dan dugaan sebagai seorang guru pendidikan khas begitu besar. Oleh itu, amat penting bagi seorang guru untuk berfikiran positif. Sentiasa yakin bahawa murid boleh melakukan sesuatu tugasan atau arahan.

Minda guru haruslah berada di landasan yang betul. Setiap tindakan dan keputusan yang dibuat mestilah positif.

Apabila guru mempunyai minda positif, ia dapat disalurkan juga kepada anak murid. Tahap motivasi murid juga akan meningkat untuk mengikuti proses pembelajaran. Kata-kata positif juga memainkan peranan yang besar kepada murid.

2. Penghibur

Guru pendidikan khas berperanan sebagai seorang penghibur kepada kanak-kanak pendidikan khas. Hal ini kerana, guru yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar pendidikan khas akan terus seronok semasa pembelajaran.

Di sinilah idea-idea kreatif diperlukan. Guru perlu menghasilkan kaedah pembelajaran yang informatif dan seronok pada masa yang sama.

3. Pemudah Cara

Bagi memastikan kanak-kanak pendidikan khas memperoleh pelajaran dengan lancar, sangat penting bagi guru untuk menguasai kemahiran pemudah cara. Guru perlu menggunakan kemahiran lisan.

Guru pendidikan khas haruslah sentiasa kreatif dalam sesi pengajaran dan menggunakan teknik pengajaran paling mudah supaya murid dapat memahami pelajaran yang ingin disampaikan.

4. Penyayang

Selain tu, guru juga perlu mempunyai sifat kasih dan sayang terhadap anak didiknya. Sentiasa menyayangi tidak kira latar belakang murid tersebut dan menerima seadanya. Kasih sayang yang erat dapat membantu perkembangan kemajuan murid dari pelbagai aspek.

Sifat penyayang yang ada dalam diri seorang yang bergelar guru mampu memberikan pengaruh timbal balik dalam hubungan antara guru dan pelajar. Jika seseorang guru tidak mempunyai perasaan kasih terhadap anak didiknya maka tidak akan berlaku pembentukan dan bimbingan kepada mereka.

5. Penyabar

Cikgu perlu bersabar mendidik anak-anak murid sebagai ibu bapa kedua mereka di sekolah kerana apa yang kita semai, itulah yang akan kita tuai, demikian pesanan penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2020, Nor Hainei Abu Bakar.

Tahap kesabaran yang tinggi amat diperlukan oleh seorang guru pendidikan khas. Seorang guru pendidikan khas perlu sentiasa sabar dengan kerenah murid. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang akan menjatuhkan semangat murid.

Sememangnya tugas sebagai guru bukan mudah apatah lagi ianya melibatkan pendidikan serta masa depan kanak-kanak yang memerlukan perhatian yang lebih. Bukan semua orang mampu menggalas tugas yang besar itu.

Sumber: Guru Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Lepar, Pekan Pahang, Nur Azura Bt Mohamad Yusop. Tiktok @azura_nurazura

Artikel berkaitan

Ciri-ciri pentadbir yang diinginkan guru-guru di Malaysia-Ini senarainya

Jadikan kelas sentiasa ceria, ini 9 ciri yang wajib guru ada. Pasti berkesan!

7 tugas utama Ketua Panitia Subjek


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp