Aktiviti membaca lantang bantu murid kuasai kemahiran membaca. Ini tipnya!
Murid-murid yang dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, pastinya menjadi perhatian guru-guru.
Ibu bapa pula, akan gembira dan berasa bangga kerana anak mereka sudah dapat membaca buku atau pun surat khabar.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak lancar membaca?
Cikgu Haseni menerusi blognya, berkongsi beberapa tip untuk murid-murid dapat membaca dengan baik.
Aktiviti membaca lantang atau membaca kuat (read aloud) telah diperkenalkan oleh guru ini.
Ikuti perkongsian beliau.
*****
Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan.
Apa itu bacaan lantang?
- Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
- Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru
- Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
- Apa yang guru baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu
- Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham
- Guru berinteraksi dengan kanak-kanak
Bilakah bacaan lantang boleh dilakukan?
- Permulaan kelas atau di akhir pembelajaran sekolah selama 5-10 minit
- Sementara menunggu aktiviti lain
- Sebagai aktiviti tambahan /aktiviti sampingan
Apakah kepentingan membaca lantang?
- Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak
- Meningkatkan asas kosa kata/perbendaharaan kata
- Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca
- Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka
- Meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi
Bagaimana pelaksanaannya?
SEBELUM
- Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak
- Pastikan guru faham jalan cerita yang hendak dibaca
SEMASA
- Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau ramai)
- Pegang buku ke hadapan
- Mulakan suara dengan kuat
- Pastikan murid-murid diam
- Baca dengan ekspresi muka dan bersungguh-sungguh
- Tukar nada suara dengan setiap watak yang berbeza
SELEPAS
- Sesi soal jawab seperti kefahaman jalan cerita - kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut terjadi
- Ulang balik cerita atau ceritakan semula secara sekali imbas
Sumber: Blog Cikgu Hijau @CikguHaseni