Silat cekak seni
Silat cekak seni

6 peraturan baharu dalam sukan silat

Rasyidah Zulkifi
13 Jun 2022 12:17pm
A
A
A

Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Itulah gambaran perkembangan sukan silat dalam negara kita hari ini.

Jika disorot kembali sejarah sukan ini, silat merupakan seni bela diri yang digunakan orang zaman dahulu ketika berperang.

Ia digunakan para pahlawan untuk melawan musuh dan pada masa yang sama mengekalkan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman anasir luar yang berbahaya.

Sehingga kini, seni bela diri ini mendapat perhatian umum kerana masyarakat kian menyedari kepentingannya untuk perlindungan diri.

**

  1. Dibolehkan mengunci pihak lawan

Peraturan ini telah diperkenalkan sekitar 1980-an tetapi diwujudkan semula dengan sedikit cara yang berbeza. Kuncian mestilah yang berusaha tidak mematahkan, jika dalam proses itu berlakunya patah, maka pesilat A akan dikira kalah dan terkeluar daripada pertandingan. Tapi kalau pesilat B yang meronta sampai patah, maka B kalah kerana salah teknik bela diri.

2. Bukan kesalahan berat

DALAM peraturan baru pesilat dibenarkan menangkap dan tumbuk serangan bertubi-tubi yang tidak lagi dikira sebagai kesalahan berat.

3. Keluar satu kaki tidak batalkan permainan

Jika dua kaki keluar arena baru perlawanan akan diberhentikan. Jika satu kaki keluar walaupun sebelah kaki pijak atas garisan, pertandingan masih boleh diteruskan.

4. Kebebasan teknik

Apa sahaja cara untuk menjatuhkan pesilat dibenarkan dalam arena

perlawanan. Tidak terhad kepada teknik asas seperti sapuan, guntingan dan sebagainya. Asalkan teknik tersebut tidak mencederakan pihak lawan, maka pesilat mendapat tiga markah.

5. Kepelbagaian serangan

Selagi mana wasit tidak berikan arahan untuk berhenti, maka boleh teruskan perlawanan. Lakukan pelbagai serangan dan tidak terhad kepada enam serangan seperti sebelum ini. Permainan akan menjadi lebih drastik dan cepat tamat.

6. Kebenaran melompat

Melompat dibenarkan selagi mematuhi peraturan pertandingan. Ia mesti bertujuan ke arah sasaran yang bertujuan merancakkan lagi permainan di arena persilatan.

Semoga atlet silat dapat memanfaatkan 6 peraturan baharu dalam sukan silat ini!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok