Sukan intensiti ringan kurang 60 minit bantu mahasiswa bakar kalori sebelum buka puasa
Sukan intensiti ringan kurang 60 minit bantu mahasiswa bakar kalori sebelum buka puasa

Sukan intensiti ringan kurang 60 minit, bantu mahasiswa bakar kalori sebelum buka puasa

Rasyidah Zulkifi
23 Apr 2022 05:11pm
A
A
A

Sukan bukan satu halangan ketika berpuasa bagi mahasiswa yang aktif bersenam sepanjang bulan Ramadan penuh mulia ini.

Malah, ia merupakan satu ibadah yang dituntut Islam bagi memenuhi hak badan jika mematuhi syariat.

Baca juga

Anak ditimpa sakit ketika berpuasa di sekolah undang kegusaran ibu

Mak ayah boleh amalkan 8 tip untuk ajar anak berpuasa, guru-guru juga boleh cuba cara mudah ini!

Menurut Timbalan Pengarah Akademi Sukan (Pengembangan Atlet dan Staf), Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhamad Malik Ahmad Tobias, individu itu lebih cepat membakar kalori dan mengurangkan berat badan jika bersukan ketika berpuasa.

“Waktu sebelum berbuka adalah masa yang paling sesuai dan baik kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan kerana ketika ini kita akan menggunakan sisa tenaga bagi membakar lemak.

“Makanan yang kita makan semasa berbuka puasa akan menggantikan tenaga yang hilang setelah kita bersenam.

“Namun perlu diingatkan, kita tidak boleh memaksa diri kerana dikhuatiri akan berlakunya dehidrasi,” katanya ketika dilaporkan buletin UPM, baru-baru ini.

Muhammad Malik berkata mahasiswa mestilah memperuntukkan masa bersukan tidak melebihi 60 minit agar tidak letih dan pening semasa melakukan aktiviti untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Tambah beliau, waktu selepas berbuka puasa juga baik untuk melakukan senaman melebihi durasi 60 minit.

Namun begitu, juadah berbuka yang dijamah perlu dihadam dengan baik terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti kecergasan.

“Senaman hendaklah dilakukan dengan intensiti yang rendah atau ringan kepada mereka yang mahu mengekalkan kesihatan dengan optimum.

“Bersenam selepas sahur adalah baik untuk menjaga kecergasan badan sepanjang bulan Ramadan,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Katanya, senaman pada waktu pagi lazimnya tidak mendatangkan masalah kepada seorang atlet memandangkan badan mereka sudah terbiasa dengan latihan.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan agar setiap individu yang berpuasa melakukan senaman secera bersederhana bagi membolehkan aktiviti lain dapat dilakukan sehingga tiba waktu berbuka puasa. 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok