no image

Buat ibu bapa, ini lima cara yang boleh dilakukan bagi memupuk minat anak terhadap STEM

Mohd Khairi Mohamad Yusri
03 Dec 2021 01:54pm
A
A
A

Sains ada di sekeliling kita – di rumah, alam sekitar dan di dalam tubuh badan kita sendiri.

Oleh itu, ada banyak sebab mengapa kita patut mengasah ‘literasi sains’ anak-anak kita.

Bukan sekadar subjek di sekolah, impak positif sains ke atas pembangunan kanak-kanak tidak terhitung nilainya.

Sebagai contoh, para penyelidik yang telah membuat kajian ke atas 120 orang pelajar sekolah rendah mendapati bahawa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) mampu membina kemahiran pemikiran kritikal mereka.

Kepada ibu bapa yang ingin mencetus minat terhadap sains dalam diri anak-anak, kami senaraikan lima kaedah mudah serta menyeronokkan yang dikongsikan oleh 3M Malaysia.


1. Teroka soalan anak-anak dan cari jawapan bersama

Peluang terbaik untuk belajar tentang sesuatu yang baharu adalah menerusi soalan yang diajukan oleh anak-anak. Untuk jawapannya, jangan terburu-buru dan ambil sedikit masa bagi menjelaskan tentang konsep. Jika tidak pasti akan jawapan kepada soalan tersebut, jadikan ia satu peluang untuk belajar sesuatu yang baharu. Cari jawapan bersama dengan mereka. Kunjungi perpustakaan terdekat atau baca artikel yang terdapat dalam talian.

Seterusnya, ibu bapa juga boleh bertanya soalan untuk menggalakkan proses pembelajaran dan penerokaan anak-anak. Satu kajian pada tahun 2019 yang melibatkan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang bermain dengan gear mendapati bahawa jenis soalan yang ditanya oleh ibu bapa juga boleh mempengaruhi tingkah laku anak mereka. Ibu bapa yang menggalakkan anak mereka untuk menjelaskan tentang mekanisme gear berkenaan boleh menjurus kepada perbincangan yang lebih mendalam. Sementara itu, galakan untuk meneroka pula boleh membawa banyak masa kepada kanak-kanak menghubungkan gear tersebut.

Oleh itu, jangan mengelak daripada menjawab persoalan yang ditanya anak-anak, sebaliknya ambil peluang ini untuk meneroka sains bersama-sama dan didik mereka tentang kepentingan penyelidikan serta penemuan!



2. Luangkan masa bersama alam semula jadi


Bawa anak anda bersiar di tapak rizab semula jadi atau zoo untuk meneroka hidupan liar atau berkhemah untuk mengalami keajaiban bumi kita.

Ajar anak tentang fungsi geseran dengan bermain tarik tali, atau biar mereka cipta permainan berpapan cahaya menggunakan litar kertas. Jika mereka lebih suka permainan sains dalam talian, boleh cuba permainan yang diasaskan oleh Code.
Code ialah sebuah pertubuhan yang tidak bermotifkan keuntungan, bertujuan untuk meluaskan akses ke atas bidang sains komputer – memperkenalkan sains komputer kepada anak-anak dengan cara yang menyeronokkan dan mudah untuk difahami, seperti pelajaran yang berpaksikan Angry Birds serta Minecraft misalnya.

BACA JUGA: Usaha melahirkan ilmuwan Islam, USIM kini jalin kerjasama dengan pusat penyelidikan di Uzbekistan
BACA JUGA: Saintis tersohor tarik minat pelajar pilih bidang STEM

3. Mainan DIY

Meskipun teknologi merupakan alat yang sangat berguna untuk mempelajari sains, tidak salah jika kita menepikan penggunaannya sekali-sekala. Galakkan anak anda untuk mencipta mainan mereka sendiri menggunakan apa yang terdapat di sekeliling mereka.


Menurut tinjauan Gallup yang melibatkan 1,036 guru, 2,673 ibu bapa dan 853 pelajar, pemupukan kreativiti dalam pendidikan adalah sangat mustahak. Dengan menggalakkan kreativiti ketika belajar, ia dapat mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar. Selain berupaya untuk menyerap lebih banyak ilmu, pelajar juga boleh menjalinkan hubungan antara subjek dengan lebih baik, memahami lebih mendalam mengenai sesuatu subjek, dan mencapai prestasi yang lebih baik dalam peperiksaan.

4. Kunjungi muzium dan pameran sains secara virtual atau fizikal

Bawa anak anda bersiar pada hujung minggu atau musim cuti sekolah untuk meneroka sains. Ia merupakan peluang yang baik untuk belajar dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Terdapat banyak muzium dan organisasi sains yang menganjurkan pelbagai jenis pameran, lawatan, atau bengkel dalam talian dimana anda dan anak boleh sertai.

Tonton Science Show dan lihat bagaimana keajaiban sains, malah anda juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Panca Sains untuk melakukan sesuatu yang praktikal apabila melawat Petrosains bersama-sama anak.

BACA JUGA: Pertandingan STEM tarik 2,700 pencabar muda untuk jelajahi angkasa
BACA JUGA: Empat rakyat Malaysia terpilih terima biasiswa wanita STEM British Council

Jika anak anda suka belajar dengan cara mendengar, mereka boleh menimba inspirasi daripada siri audio siar (podcast) Generation Future-Ready. Jika mereka suka membaca, luaskan pengetahuan mereka dengan pelbagai fakta menarik dan aktiviti DIY yang mereka boleh pelajari di Wonderblog. Jika anak anda merupakan pelajar kinestetik, lembaran yang boleh dimuat turun dan permainan pendidikan dalam talian pasti akan membuat mereka fokus sepenuhnya. Sekiranya mereka kerap menghabiskan masa dengan tablet atau televisyen, gunakan pendekatan pembelajaran auditori-visual mereka sebagai suatu kelebihan untuk memperkenalkan video-video sains yang terdapat di saluran YouTube. Di segmen Learning Bytes yang terdapat di laman sesawang Petrosains, pasti ada sesuatu yang sesuai untuk mereka.

5. Lakukan aktiviti praktikal

Ambil kesempatan daripada sifat ingin tahu dalam diri anak anda dengan menggalakkan mereka untuk melakukan aktiviti yang praktikal.

Terokai bagaimana anda boleh menggunakan barangan yang terdapat di rumah untuk mempelajari tentang prinsip-prinsip teras sains yang informatif lagi menyeronokkan. Cuba cipta roket kertas, atau belajar menghasilkan efek bunga api yang menarik!

Dengan menggalakkan anak anda untuk belajar dan mencintai sains, ia dapat membuka sebuah pengembaraan dan penjelajahan yang menyeronokkan lagi menguntungkan buat mereka. Berbekalkan lima tip ini, kami berharap anda dapat menimba sumber inspirasi untuk mencungkil sisi saintis dalam diri anak-anak anda.

Semoga Perkongsian ini membantu anda memberi idea bagi meningkatkan minat anak-anak anda dalam bidang STEM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok