"Cikgu, saya dah lama teringin nak makan McDonalds, tapi ayah kata mahal"
Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur, Klang, Selangor memuat naik perkongsian mengenai anak-anak muridnya.
Dalam posting tersebut, Cikgu Nor Faisal Ishak atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pe Chey menerima sedikit permintaan daripada mereka.
“Cikgu, esok belanja kami boleh?
"Nak apa?
"Mekdi (McDonalds). Cikgu selalu tuliskan kat Facebook, cikgu suka Mekdi, mak saya cakap."
"Arrr??? Mak cakap cikgu suka Mekdi?
Budak mintak belanja Mekdi. Satu kelas ada separuh yang datang. Dalam 20 orang. Aku ajar dua kelas, jadi dekat 40 orang jugaklah ni.
Set Mekdi paling murah yang dapat mainan tu apa nama ya, berapa RM satu set?
Aku cuba usahakan.
*****
Tidak sampai satu jam posting Cikgu Pe Chey di Facebook, ramai warga maya berhasrat untuk menyumbang sedikit wang untuk murid-murid ini.
Sinar Bestari memetik sebahagian komen daripada mereka:
Noreza Ali: Nak nombor akaun cikgu
IrdhaTuty Ghani: Bertuahnya anak murid
Nurul Wahida: Terbaik cikgu. Rezeki anak murid, moga ALLAH mudahkan semua urusan.
LinEdline Minel: Terbaiklah Cikgu Pe Chey.
Utin Mardiana: Kalau RM10 x 40 orang = RM400 jugak tu cikgu. Bagi nombor akaun nanti ada antara followers bermurah hati.
Bbm Cikgu Lee: Saya doakan semoga Cikgu Pe Chey terus sihat dan dimurahkan rezeki. Aamin.
Ruzlein Talib: Murah rezeki cikgu.
Noor Juliana Abdu Kadir: Happy meal, harga bawah RM10. Sekarang mainan bina dinasor. Ambil set ayam, burger or bubur.
Nurul Azean: ALLAH bestnya dapat cikgu gini.
Sulaiman Hamid: Nombor akaun cikgu
Hyda Fuad: Nak nombor akaun cikgu
Lyssa Mikael: Murah rezeki terus bang
Melihatkan ramai yang bermurah hati ingin menyumbang, Cikgu Pe Chey terus menulis komen ini di postingnya.
“Alhamdulillah, 52 minit post ini, dah cukup bajet nak belikan esok. Saya ucap terima kasih.
Ingat nak belikan sikit, rupanya cukup 40 set.
Alhamdulillah.
*****
Keesokan harinya, Cikgu Pe Chey memuat naik lagi perkongsian mengenai kisah ini.
“Mulanya, aku order untuk budak je. 40 set.
Tiba-tiba, ada seorang hamba ALLAH bagi dana. Lepaslah nak belikan untuk akak cleaner, abang guard dan akak-akak di pejabat.
Jadinya esok, ramai yang merasa.
Plan yang tak sengaja, rupanya jadi nyata yang aku sendiri tak sangka. Terima kasih semua.
Indahnya bila semua ada rasa kasih dan sayang.
*****
Alhamdulillah, tertunai sudah hajat kawan-kawan yang sudi menyumbang kepada anak-anak kesayangan Cikgu Pe Chey yang tampan ini.
Jangankan anak murid, pakcik tukang kebun, akak cleaner, abang guard dan staf pejabat pun dapat.
Masa sampai Mekdi tadi, ngam-ngam masa rehat budak-budak.
Apa lagi bila aku bawa masuk kelas, menjerit budak...
"Yakyakyeay…"
"Cikgu, saya dah lama teringin nak makan McDonalds. Tapi tulah, ayah saya kata mahal."
Jujur luahan seorang anak murid aku tadi.
"Ni, cikgu dah belikan, makanlah…"
Sebelum makan, aku minta anak murid doakan kepada para penyumbang agar murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan hidup terus aman bahagia di dunia dan akhirat.
Pada yang nak join lagi minggu depan, nanti kita deal minggu depan. Anak murid aku ni Tahun Tiga, datang sekolah masih lagi bergilir-gilir.
Dapat dah wasap tadi,
"Tak acilah cikgu, kumpulan B dapat, kami kumpulan A tak dapat."
"Ya ya, minggu depan cikgu belanja kamu pula."
Kau ingat senang nak seronokkan dari budak?
*****
Di sini, apa yang SinarBestari ingin kongsikan adalah tentang kesungguhan seorang guru yang berusaha untuk merealisasikan permintaan anak-anak didiknya.
Bukan harta permata yang murid-murid minta. Mereka sekadar inginkan hidangan McDonalds yang mungkin sudah berbulan-bulan tidak dapat menikmatinya.
ALLAH, hati penulis sebak.
Untuk Cikgu Pe Chey, terima kasih atas kecaknaan, kesungguhan, usaha dan segala-gala yang cikgu lakukan untuk anak murid. Semoga ALLAH membalasnya dengan ganjaran pahala yang besar.
Kepada penyumbang pula, terima kasih yang tak terhingga. Semoga kalian dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat.
Artikel berkaitan
Coretan ‘budak kampung’ yang kini menjadi Menteri Kanan Pendidikan, undang sebak warga maya
Masih ke sekolah walaupun tapak kasut haus, semangat murid ini buat Cikgu Pe Chey sebak!