Gerbang Pembelajaran Digital SK Taman Kepong kini jadi rujukan ramai. Tahniah buat warga sekolah!
KUALA LUMPUR - Sesi pembelajaran secara maya tidak asing lagi pada masa sekarang, lebih-lebih lagi semasa musim pandemik Covid-19 melanda negara.
Pembelajaran secara maya juga sering kali dikaitkan dengan pembelajaran dalam talian yang bersandarkan kepada kepelbagaian sumber pembelajaran.
Kerana itu, Unit Siber & Multimedia Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kepong telah mewujudkan Portal Gerbang Pembelajaran Digital sebagai gedung atau storan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (PDP) untuk rujukan guru-guru, ibu bapa dan juga murid-murid.
Idea pewujudan gerbang digital ini dicetuskan oleh Guru Besar, Halimi Md Rasip dan mula dilaksanakan pada tahun 2020 iaitu pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0).
“Teori kognitivisme dan falsafah konstruktivisme yang mementingkan perkembangan kognitif murid dan pembinaan pengetahuan baru dapat diperkasakan dengan menggunakan teknologi seperti media sosial Facebook, Instragram, Youtube, blog, Twitter, dan sebagainya.
"Penubuhan portal digital ini adalah tepat pada masanya dalam memudahkan semua pihak mendapatkan sumber pendidikan yang berkualiti seterusnya memartabatkan sistem pendidikan kita ke satu tahap yang boleh dibanggakan bersama," katanya.
Objektif Gerbang Pembelajaran Digital
Objektif utama pewujudan Gerbang Pembelajaran Digital ini adalah sebagai medium atau satu pusat sehenti pengumpulan bahan-bahan PDP dalam membantu memudahkan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Bahan-bahan PDP yang terdapat di gerbang ini pada mulanya hanya dimuat naik oleh guru-guru SK Taman Kepong sahaja.
Baca juga UMK sedia terima kemasukan pelajar ke kampus bermula 15 Oktober ini
Namun, lama-kelamaan gerbang digital ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dan mula disebarluaskan untuk membolehkan guru-guru di seluruh pelosok negara berkongsi bahan pembelajaran demi kemaslahatan bersama.
Antara bahan-bahan yang sering kali dikongsikan oleh guru-guru adalah bahan-bahan pendidikan yang bersumberkan medium yang pelbagai seperti Youtube, Google Form, Wordwall, Quizizz, Kahoot, perkongsian modul dan sebagainya.
Sementara itu, Cikgu Chiah Siew Fei A/P Chiah Suphon selaku Koordinator Portal Gerbang Pembelajaran Digital SK Taman Kepong berkata, setiap bahan PDP yang telah dikongsikan oleh guru akan dianugerahkan dengan sijil digital sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak sekolah atas sumbangan bahan.
Katanya, gerbang digital itu boleh diakses melalui link http://tiny.cc/SKTKDigitalLP
Di gerbang digital ini juga terdapat pautan saluran Youtube guru-guru SK Taman Kepong yang boleh diakses secara terus untuk mendapatkan video-video PDP yang menarik dan terkini.
“Sekolah kami menubuhkan satu pasukan khas yang dinamakan sebagai Pasukan Siber & Multimedia SKTK yang dikelola oleh beberapa orang guru hebat iaitu Cikgu Norman Ab Rahman, Cikgu Wan Rozi Wan Jaafar, Cikgu Wan Nurshida Ayu Wan Hussin, Cikgu Nadiah Hanim Ramli dan saya sendiri.
“Guru-guru di luar sana turut berpeluang mendapatkan bahan-bahan pengajaran melalui perkongsian di Facebook iaitu SKTK Digital Learning Platform," katanya.
Dalam pada itu, terdapat beberapa kelebihan Gerbang Pembelajaran Digital sekolah ini.
Antaranya,
1) Menarik minat murid untuk mengikuti kelas PdPR dengan teknologi terkini selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).
2) Menggalakkan pembelajaran kendiri dengan pendekatan berpusatkan murid melalui inkuiri dan ekplorasi murid.
3) Memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memudahkan pemerolehan data dan input.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
4) Sumber maklumat yang diperolehi secara mudah dan cepat
5) Memberikan pilihan alternatif medium sesi pembelajaran yang interaktif.
Bahan-bahan pembelajaran yang kreatif dan hebat ini adalah hasil usaha bersama dan idea yang disumbangkan oleh guru di seluruh negara.
Semoga segala perkongsian bahan PDP di Portal Gerbang Pembelajaran Digital SKTK dapat dimanfaatkan demi kecemerlangan dan kegemilangan semua pihak.
Sesungguhnya, usaha yang berterusan akan lebih bermanfaat andai dilaksanakan secara kolaboratif dan impaknya pasti akan membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.