HomeGen AlphaInilah KisahkuHari pertama sekolah, murid prasekolah salah masuk kelas Tahun Satu

Artikel Berkaitan

Hari pertama sekolah, murid prasekolah salah masuk kelas Tahun Satu

Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2022/2023 yang dijalankan secara bersemuka.

Bermacam ragam murid sekolah dapat dilihat terutama bagi anak-anak yang baru bersekolah.

Baca juga

Kenangan mengusik jiwa! Asni pelajar baik, gelagat lucunya buat ramai tertawa, namun kini dia sudah tiada

“Lama saya perhati gelagat murid ini, tapi dia tetap tidak perasan kehadiran cikgunya di situ”

Suri rumah, Nur Idayu turut berkongsikan gelagat anak perempuannya di Facebook.

“Saya simpan sini satu kenangan yang paling indah dalam hidup selama jadi ibu kepada si cantik mulut banyak ini.

“Alhamdulillah dah sekolah dia,” katanya.

Idayu berkata anaknya begitu teruja hendak memulakan hari pertama persekolahan.

Menurutnya, dengan sekali kejut murid enam tahun itu sudah bangun.

“Turun rumah pukul 7.15 pagi tadi.

“Saya hantar dekat pintu pagar.

“Dia masuk sendiri,” ujarnya.

Difahamkan terjadi insiden yang mencuit hati apabila anak perempuannya masuk ke dalam sekolah seorang diri.

Sebelum melangkah masuk ke pagar sekolah, cikgu bertugas bertanyakan kepada anak, “Awak tahu tak kelas prasekolah kat mana?.

Anaknya dengan yakin menjawab, “Tahu cikgu.

Idayu mengakui tersentak mendengar jawapan itu kerana anaknya tidak pernah lagi meneroka kawasan sekolah.

Telatah anak Idayu mencuit hati.
Telatah anak Idayu mencuit hati.

“Dia sudahlah pertama kali jejak kaki di situ.

Menurutnya, anak Idayu sekadar melihat jalan masuk kelas melalui video sahaja.

“Kesudahan cerita, lepas saya hantar dia, terus balik.

“Pergi cari sarapan dengan ayahnya dan balik ke rumah.

“Baru saja lepas hidang makanan, sekali cikgu telefon,” katanya.

Guru itu bertanyakan tentang anaknya yang tidak kelihatan di dalam kelas.

Setelah mendengar penjelasan, guru itu pergi mencari anaknya, Aalya Husna.

Kemudian suaminya pergi ke sekolah untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai anaknya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Dapat info ayah dia dengan cikgu cakap, Aalya masuk kelas murid Tahun Satu.

“Aduhai anak, kenangan betul hari ini,” katanya.

 

Artikel Terkini