Tip untuk guru hilang debar...moga cikgu dapat praktikkan nanti
Tip untuk guru hilang debar...moga cikgu dapat praktikkan nanti

Tip untuk guru hilang debar...moga cikgu dapat praktikkan nanti

Roshlawaty Md Raieh
15 Jul 2020 10:32am
A
A
A

Mengajar secara online bukanlah perkara yang senang.

Selain berhadapan dengan masalah ketiadaan internet dalam kalangan pelajar, golongan guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai masalah lain.Antara yang mungkin cikgu-cikgu hadapi adalah perasaan gemuruh, debar dan kekalutan ketika presentation.

Menerusi laman Facebook Ustazah Aminah Mat Yusoff (Guru Cemerlang) dari SK Seri Puteri, Batu Pahat, Johor, guru ini berkongsi tip untuk guru menghilangkan debar ketika presentation.

Moga bermanfaat untuk semua.

*****

Ramai sahabat yang bertanya saya bagaimana cara menghilangkan perasaan takut dan gerun ketika presentation. Nak-nak lagi sekarang ini kita terpaksa perform secara live ketika mengajar murid.

1) Langkah 1

Susun strategi dan perancangan kita dengan baik. Sediakan bahan yang akan digunakan secukupnya. Lengkapkan ilmu dan pengetahuan, hadamkan perkara yang hendak kita sampaikan. Jika datang persoalan dan pertanyaan dari penonton, kita mesti menjawabnya dengan yakin dan tidak menyimpang dari landasan.

2) Langkah 2

Persiapan mental dan fizikal. Jangan terlalu takut dan risau. Saya selalu bayangkan yang sedang menonton itu adalah sahabat atau murid yang sangat dahagakan ilmu pengetahuan dari kita. Berilah sehabis baik, lupakan perasaan takut dan kuatkan diri kita demi mereka.

3) Langkah 3

Rancang skrip dan susun contents kita mengikut turutan yang sepatutnya. Permulaan, pertengahan dan penutup. Susunan bahasa mesti ringkas dan mudah difahami. Memek muka mesti selari dengan perkataan yang keluar dari mulut kita.

4) Langkah 4

Jangan lupa baca doa penerang hati.." Rabbisyrahli..." Yang penting ketika membaca doa ini ialah faham maknanya dan set dalam minda kita buat seperti apa yang ada dalam doa.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff Yusoff

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok