Kerana 7 peralatan ini, kelas online Cikgu Mohamad Hakim dapat perhatian ramai. Teruja tengok!
Kerana 7 peralatan ini, kelas online Cikgu Mohamad Hakim dapat perhatian ramai. Teruja tengok!

Kerana 7 peralatan ini, kelas online Cikgu Mohamad Hakim dapat perhatian ramai. Teruja tengok!

Roshlawaty Md Raieh
09 Feb 2021 08:37am
A
A
A

“Menarik, canggih dan lengkap dengan pelbagai peralatan.

Inilah yang dapat dikatakan terhadap kelas online Cikgu Mohamad Hakim Mohammad.

Kelas secara dalam talian yang dilakukan guru Matematik itu, benar-benar kreatif dan hebat.

Bermacam-macam jenis alatan yang ada dalam kelas online, sehingga ramai kalangan guru-guru mahu Cikgu Mohamad Hakim berkongsi jenis peralatan yang digunakan.

“Ramai yang tanya berkenaan set up kelas live saya ini.

“Jadi, di sini saya kongsikan apa yang telah digunakan sepanjang kelas maya saya berlangsung,” ujarnya.

Menurut guru muda ini, peralatan yang digunakan sepanjang kelas online itu adalah

1) Camera logitech c922 (RM420)

2) Ring light dan stand (RM29.50)

3) Microphone fifine k678 (RM299)

4) Green Screen dan stand (RM159.90)

5) Gaming chair TTRacing (RM399)

6) Meja Micke Ikea (RM299)

7) Ipad Pro (RM3499)

Keseluruhan peralatan yang digunakan berjumlah RM5105.40.

OBS. Yang ni saya banyak belajar melalui you tube sahaja. InsyaAllah mudah untuk difahami.

Cukup padu dah mic ni. Tapi agak sensitif dan tangkap suara luar yang bising. Kalau ada bajet lebih, boleh beli brand dan model yang lebih bagus.

Selesa. Tapi kalau ada duit lebih, memang saya akan upgrade ke kerusi yang lebih empuk.

Untuk penjimatan, saya syorkan untuk kalian beli stand dan kain hijau sahaja. Bukan setakat jimat, malah boleh dapat saiz yang lebih besar.

Sepanjang kelas live di facebook, beliau menggunakan software OBS iaitu software yang digunakan gamers untuk streaming di facebook.

“Saya juga menggunakan aplikasi Letsview untuk mirroring ipad dengan laptop,” ujarnya.

Terdahulu, Cikgu Mohamad Hakim merupakan guru Matematik di sebuah sekolah di Selangor. Beliau cukup dikenali oleh warga pendidik di Malaysia kerana kepakaran dan kemahirannya dalam subjek Matematik.

Beliau juga merupakan penulis buku aktiviti, penggubal modul dan penceramah teknik menjawab UPSR.

Pelbagai perkongsian berkenaan tip, nota, video dan latihan Matematik telah dihasilkan oleh guru hebat ini dan ia telah dikongsi menerusi laman facebook Mohamad Hakim dan juga telegram Cikgu Hakim Channel

App 'Letsview'. Install di laptop dan ipad. Kemudian connect menggunakan line wifi.

Web cam laptop

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok