WhatsApp Image 2021-09-02 at 16.45.19 (2)
WhatsApp Image 2021-09-02 at 16.45.19 (2)

Lukis Jalur Gemilang sepanjang 12 meter, ramai tidak sangka pelukisnya adalah si cilik 6 tahun. Luar biasa!

Roshlawaty Md Raieh
14 Sep 2021 06:36pm
A
A
A

“Saya ingatkan dia bergurau sahaja, tapi tidak sangka dia benar-benar serius untuk hasilkan bendera Malaysia sepanjang 12 meter ini,” kata Anas Khaled Kamel mengenai adiknya, Alis Khaled Kamel.

Alis yang berasal dari Kuala Lumpur telah mengejutkan negara apabila berjaya melukis Jalur Gemilang sepanjang empat kaki sempena kemerdekaan, 31 Ogos, baru-baru ini.

Anak kecil yang baru berusia enam tahun itu sanggup mengorbankan waktu tidur dan rehatnya semata-mata menyiapkan bendera Malaysia, hasil idea dan kreativitinya yang tersendiri.

Ketika dihubungi GPSBestari, Anas (mewakili Alis) berkata, Alis seorang adik yang sangat teliti dan sempurna dalam setiap kerja yang dilakukan.

“Dia akan pastikan apa yang dia hendak, perlu disiapkan dengan teratur dan bersih.

“Begitu juga dengan penghasilan bendera Malaysia ini. Dia akan siapkan juga walaupun perlu melukis dan mewarnanya sehingga tengah malam,” kata Anas.

Beritahu Anas, Alis hanya mengambil masa dua minggu sahaja (sebelum tibanya 31 Ogos) untuk menyiapkan Jalur Gemilang tersebut.

“Alis perlu bahagikan masa antara kelas online dan lukis bendera ini.

“Memang kesian tengok dia, tapi Alis bertegas untuk siapkan juga kerana mahu menghadiahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” ujarnya dengan memberitahu kesungguhan dan bakat Alis menyiapkan bendera sepanjang 12 meter itu telah melayakkan dia tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pelukis solo muda.

Baca juga Cikgu Sam lambang penyatuan, didik anak murid orang asli tanpa putus asa

Baca juga Guru Cemerlang kongsi 4 fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW. Ibu bapa mohon hadam

Baca juga Covid-19: Jurang pendidikan yang perlu diperhalusi – Pensyarah Kanan UiTM, Nurul Fatma

Terdahulu, Alis merupakan anak kepada pasangan Khaled Kamel dan Rahayu Mohammad.

Anak keempat daripada lima beradik ini belajar di Little Caliph School, Selayang, Selangor.

Bahasa Melayu, Matematik, bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, bahasa Arab adalah subjek yang dipelajari di tadika dan anak kecil ini sangat meminati Pendidikan Seni kerana baginya, seni adalah sesuatu yang indah.

Di rumah, Alis lebih banyak menghabiskan masa dengan melukis apa yang digemarinya.

Selebihnya, dia akan membantu ibunya mengemas rumah.

Alis suka menonton program televisyen berbentuk dokumentari seperti National Geographic, Animal Planet serta Discovery Science dan dia fasih berbahasa Inggeris kerana mereka sekeluarga lebih banyak bertutur bahasa tersebut dalam kehidupan seharian.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Pada 16 September ini, Alis akan menghasilkan satu lagi projek bersempena sambutan Hari Malaysia.

Marilah kita sama-sama nantikan, apakah projek tersebut.

Semoga berjaya dik!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok