1092871
1092871

Manusia Kalkulator Malaysia ketengah aplikasi SoroTouch, sasar kanak-kanak kuasai pengiraan

Roshlawaty Md Raieh
15 Jun 2021 03:59pm
A
A
A

Aplikasi SoroTouch bukanlah sekadar permainan semata-mata tetapi ia sebenarnya telah mendidik ramai kanak-kanak di Malaysia untuk mahir dalam Matematik.

Digelar Manusia Kalkulator Malaysia, West Wong berkata, pengiraan Matematik bukanlah sesuatu yang sukar.

“Jika ibu bapa menggunakan kaedah yang betul, saya yakin anak-anak mampu menguasai subjek Matematik dari kecil,” katanya kepada GPSBestari.

Menurut West Wong, aplikasi SoroTouch telah direka untuk memberi panduan dan arahan yang sangat lengkap dan mudah difahami oleh kanak-kanak.

“Contohnya, mereka akan bermula dengan menonton video pengenalan yang menerangkan jalan cerita SoroTouch. Selepas itu, mereka akan memulakan misi dengan memilih satu daripada tiga bendera.

West Wong

“Setiap hari, akan ada tiga bendera baru untuk dipilih. Malah, dalam tugasan harian, terdapat pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan.

“Tugas-tugas dirancang untuk membantu kanak-kanak membina kemampuan pengiraan mental setiap hari dan ia disusun dengan struktur yang baik,” ujarnya.

Setelah menyelesaikan misi harian, West Wong berkata, mereka dapat bermain beberapa permainan SoroTouch dan ia seperti latihan untuk mereka.

“Semasa peserta menyelesaikan misi, mereka diberi hadiah makanan ikan dan menggunakannya untuk memelihara ikan di Aqua Park. Ini adalah pengalaman yang menggembirakan setelah bekerja keras untuk misi harian.

“Pada masa yang sama, setiap peserta dapat mengumpul bendera yang berbeza. Bendera yang dikumpulkan akan terdapat di Album Koleksi,” jelasnya.

Terdahulu, aplikasi SoroTouch dibangunkan oleh Digika Co., Ltd., sebuah syarikat teknologi pendidikan terkemuka di Tokyo, Jepun, yang telah membantu kanak-kanak seluruh dunia hebat dalam matematik.

“SoroTouch telah berupaya membantu kanak-kanak mencapai tahap pengiraan mental (aritmetik mental) yang diinspirasikan daripada kaedah abakus (sempoa).

“Kerana itu, saya membawa aplikasi SoroTouch ini ke Malaysia dengan objektif mahu kanak-kanak di Malaysia belajar kaedah aritmetik dengan cara yang menyeronokkan dan berkesan.

Jadi, pada 2019, saya mengasaskan Ai Tech House dan membawa SoroTouch ke Malaysia melalui perkongsian eksklusif dengan SoroTouch,” katanya sambil menambah, aplikasi SoroTouch mampu untuk mendalami dan memahami corak pembelajaran kanak-kanak dengan memberikan lebih banyak cabaran unik yang direka suai berdasarkan data pembelajaran khas setiap murid.

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan menerusi variasi permainan yang disediakan.

Cabaran SoroTouch

Konsep SoroTouch merupakan sesuatu yang baharu di Malaysia.

Untuk itu, cabarannya adalah penerangan konsepnya kepada ibu bapa di negara ini.

“SoroTouch menggunakan bentuk gamifikasi/permainan yang berintuitif tinggi dan menarik supaya proses pembelajaran menjadi lebih seronok. Ini adalah pengalaman belajar yang berbeza dengan konvensional.

“Memang ada ibu bapa yang bimbang bila anak-anak mereka bermain aplikasi SoroTouch ini. Tapi sebenarnya, mereka sedang mengikuti pembelajaran.

“Kanak-kanak akan mengira soalan Matematik yang diberikan secara congak tanpa pensel dan kertas.

Kelas dan latihan dijalankan melalui aplikasi SoroTouch diiPad.

“Walaupun mereka belajar dengan permainan, sebenarnya mereka sedang belajar sesuatu yang luar biasa untuk diri sendiri yang disebut sebagai kemampuan aritmetik mental,” katanya

Tambahnya, kanak-kanak berumur lima hingga lapan tahun paling sesuai untuk menggunakan aplikasi ini.

Ujar West Wong lagi, ada ketikanya pemain akan hadapi kesukaran.

“Jangan putus asa dan teruskan mencuba. Terdapat banyak permainan dan fungsi yang dibina di SoroTouch untuk membantu kejayaan anak-anak.

“Di SoroTouch Classroom, guru-guru kami akan menyokong kanak-kanak dalam pelajaran aritmetik mental.

“Proses pembelajaran SoroTouch akan memperkaya minda agar sentiasa berkembang serta merangsang nilai-nilai positif seperti ketabahan dan disiplin,” katanya.

INFO

West Wong yang digelar Manusia Kalkulator Malaysia merupakan pemenang tempat ketiga dunia dalam kategori Flash Anzan, Sukan Olimpik Mental Dunia 2012 di Antalya, Turki.

Pada 2016, West Wong dilantik juri di Las Vegas MEMORIAD.

Juga merupakan Ketua Juri Pertandingan Pengiraan Mental Malaysia yang dianjurkan Malaysia Mental Literacy Movement (MMLM).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok