2002744
2002744

Murid Tahun 2 SK Taman Kampung Melayu pamer keberanian, terima Anugerah Pingat Hang Tuah

Adlan Farhan Azwan
30 Nov 2022 04:40pm
A
A
A

Meskipun baru berusia lapan tahun, keberanian yang dimiliki murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kampung Melayu, Kluang, Johor, Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus telah melayakkan dirinya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Hang Tuah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ia merupakan penghargaan kepada Muhammad Danish yang mempamerkan tahap keberanian tinggi apabila menyelamatkan dua adiknya, Muhamad Darish Rizqe, 6, dan Nurdiya Delisha, 4, yang terlibat dalam satu insiden kebakaran pada 29 Jun lalu.

Menurutnya, dia tidak dapat mengingati sepenuhnya kejadian itu, namun gembira dapat menyelamatkan adik-beradiknya daripada kebakaran.

"Pada mulanya saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan semasa kebakaran, tetapi saya menguatkan diri dan membawa adik beradik saya ke dapur sebelum mendapatkan bantuan," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022, baru-baru ini.

Difahamkan, Muhammad Danish telah mengendong mereka ke ruang dapur rumah sambil meminta tolong sebaik sahaja menyedari rumahnya terbakar.

Insiden itu kemudiannya disedari oleh jiran yang bertindak menyelamatkan ketiga-tiga adik beradik itu.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sejak 1960 lagi, Anugerah Pingat Hang Tuah telah diadakan bagi mengiktiraf kanak-kanak yang menunjukkan keberanian dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia, harta benda atau tindakan dengan elemen keberanian dan luar biasa sewaktu kecemasan, bencana, kemalangan atau darurat.

Artikel berkaitan

Ameera cemerlang di The University of Edinburgh, raih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian

Mat Kilau, pahlawan muda yang cukup berani

Guru dan pelajar, ini kaedah yang sesuai untuk merawat kulit melecur!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok