1411218
1411218

Pelajar boleh dapatkan buku serendah RM 1 di Jualan Gudang Karangkraf

Adlan Farhan Azwan
25 Jan 2022 05:23pm
A
A
A

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf anjuran Kumpulan Media Karangkraf sejak Jumaat lalu terus mendapat sambutan daripada orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli buku dengan harga serendah RM1.

Bertempat di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, program yang menjadi acara tahunan Karangkraf itu menyediakan pelbagai jenis pilihan dan genre buku untuk semua lapisan umur.

Baca juga Buku “Mari Kenali Sawit” inisiatif KPPK didik pelajar manfaat dan kebaikan minyak sawit

Baca juga Cikgu boleh guna 9 cara kreatif ini untuk tarik minat pelajar suka buku teks. Berkesan!

Bagi pelajar sekolah yang baru memulakan sesi persekolahanpenggal ketiga baru-baru ini, mereka juga boleh mendapatkan bahan bacaan berkualiti tinggi dengan harga tawaran yang menarik.

Selain itu, ibu bapa yang mahu menerapkan sikap suka membaca dalam kalangan anak-anak pula boleh mengambil peluang berkunjung ke sini kerana terdapat juga buku daripada adaptasi rancangan televisyen kanak-kanak.

Antaranya ialah buku aktiviti Omar dan Hana, Didi & Friends dan Chichi & Chacha.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Bagi pelajar sekolah menengah, terdapat juga buku-buku ulang kaji sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meliputi pelbagai subjek yang diajar di sekolah.

Pengunjung boleh datang seawal pukul 9 pagi sehingga 7 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan hingga 9 malam pada hari Sabtu dan Ahad untuk meninjau dan membeli buku-buku yang ada.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok