265187229_462276638597717_6965714687216785475_n
265187229_462276638597717_6965714687216785475_n

“Pertama kali lihat lukisan Ilham, saya sangat terkejut. Tak sangka dia dapat hasilkan karya sebegini”

Roshlawaty Md Raieh
14 Dec 2021 04:16pm
A
A
A

Melukis, menyanyi, memasak, bertukang, menari dan sebagainya adalah antara bakat yang dimiliki anak-anak kita pada hari ini.

Ia akan menjadi satu bonus apabila mempunyai beberapa bakat dalam satu masa.

Sebagai ibu bapa, sudah tentulah ini perkara yang menggembirakan buat mereka kerana anak disayangi amat berbakat dalam bidang yang disukai.

Seorang bapa yang juga jutawan internet, Irfan Khairi meluahkan rasa terkejutnya mengenai bakat anak lelaki yang dikenali sebagai Ilham.

“Pertama kali melihat lukisan Ilham ini, saya pun terkejut.

“Wahh...sungguh berbakat Ilham dalam bidang melukis,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada 11 Disember lalu.

Sebagai perkongsian bersama semua pembaca, Sinar Bestari sertakan posting kegembiraan Irfan Khairi.

Semoga ia dapat dijadikan panduan buat ibu ayah di luar sana untuk mula melihat dan memahami tentang bakat dan minat anak masing-masing.

Mari baca catatan jutawan internet yang tersohor ini.

Baca juga

“Letih memanglah letih, tapi jujur…saya seronok menjadi guru” – Ustaz Ahmad Fauzi

Guru dihadiahkan Perodua Aruz sebagai tanda penghargaan menabur bakti selama 35 tahun

*****

Ok, kalau anak sulung saya Ilham tahu tentang posting ini, mesti dia malu. Sebab anak saya pemalu nak tunjukkan hasilnya di media sosial.

Ini adalah Ilham. Dan bakatnya adalah dalam bidang lukisan. Sekarang ini Ilham mengambil jurusan fine art di sebuah art school di Dubai.

Bukan nak jadi "bias" sebagai seorang ayah. Tetapi, pertama kali melihat lukisan Ilham ni, saya pun terkejut!

Wahh... sungguh berbakat Ilham dalam bidang melukis.

Dulu-dulu, saya pun pandai melukis juga. Tapi, Ilham punya lukisan is another level.

Memang saya tak terlukis macam ni. Ini Ilham di art schoolnya...

Dan honestly, sebagai ayah, saya terkejut dengan bakat Ilham ni. Memang saya tahu dia suka melukis, tapi selama ini hanya melihat dia melukis watak manga dan anime saja.

Bila masuk art school ini, baru melukis dengan lebih serius.

Tapi perkongsian saya ini bukan mengenai Ilham sebenarnya. Tetapi lebih kepada anda yang membaca ini yang merupakan ibu atau ayah.

Nasihat untuk diri saya sendiri juga, adakalanya kita tidak nampak dan tidak perasan bakat yang ada pada anak kita. Minat mereka. Apa yang mereka suka lakukan.

Mungkin mereka tidak pandai akademik, tapi mungkin mereka kreatif. Mungkin mereka tidak kreatif tapi pandai bersukan. Mungkin mereka tidak pandai bersukan tapi bijak belajar. Dan sebagainya.

Kata Elbert Einstein "Everyone is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid."

Let's support anak-anak kita untuk berjaya in their own way!

Kejayaan akademik, hanyalah satu bidang sahaja. Ada banyak lagi bidang lain yang seseorang itu boleh berjaya. Satu lagi contoh, akademik saya tidak berapa pandai, tapi bidang perniagaan boleh tahan la juga!

Irfan Khairi adalah nama yang sudah tidak asing lagi di negara ini malah beliau cukup dikenali ramai terutamanya golongan muda.

Beliau seorang pakar yang terkenal dalam dunia internet dan merupakan jutawan internet di Malaysia.

Anak kelahiran Perak dan dibesarkan di Selangor itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.

Sepanjang terlibat dalam dunia digital, pelbagai anugerah telah diterima antaranya anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom. Ia dianugerahkan atas usaha Irfan Khairi dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baharu Malaysia dalam bidang internet dan kejayaan.

Sumber: Facebook Irfan Khairi

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok