Punya semangat yang luar biasa, Nor Shazlina sanggup sengkang mata demi dapatkan ijazah kedua
Punya semangat yang luar biasa, Nor Shazlina sanggup sengkang mata demi dapatkan ijazah kedua

Punya semangat yang luar biasa, Nor Shazlina sanggup sengkang mata demi dapatkan ijazah kedua

Roshlawaty Md Raieh
12 May 2022 05:19pm
A
A
A

Mungkin ramai yang memasang impian ingin menyambung pengajian bagi mendapatkan ijazah kedua.

Tetapi, dek tuntutan kerja dan komitmen keluarga, segala impian yang dimahukan itu perlu dilupakan buat selama-lamanya.

Tetapi tidak bagi Pengarah Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan Jerantut, Pahang, Nor Shazlina Mohamed Sharif, 40, di mana kesibukan sebagai pengarah tidak pernah menghalang beliau untuk memperoleh ijazah kedua.

Asalkan ada usaha yang gigih, semua ini mampu direalisasikan pada waktu yang tepat.

Nor Shazlina yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam Bacelor Pentadbiran Perniagaan (Program Bacelor untuk Eksekutif) di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, pengurusan masa sangat penting sepanjang tempoh dia bekerja sambil belajar.

“Kena bijak urus masa kerana masa saya sangat berbeza dengan pelajar lain.

“Pada hari bekerja, saya berada di pejabat. Waktu petang pula, saya masuk kelas. Hanya tinggal waktu malam sahaja untuk mengulang kaji pelajaran, siapkan tugasan dan lain-lain lagi,” kata graduan bidang Doktor Perubatan Veterinar UPM pada 2007.

Berkongsi kenangan manis sepanjang pembelajaran, anak sulung daripada lima beradik ini berkata, pensyarah dan rakan-rakan banyak membantu dirinya ketika berada di dalam kelas.

Malah, kejayaan memperoleh kepujian kelas pertama beberapa kali telah menyebabkan Nor Shazlina semakin bersemangat untuk menghabiskan pengajian, walaupun pada ketika itu beliau menjawat jawatan sebagai pengarah.

Akhir bicara, Sinar Bestari ingin mengucapkan tahniah kepada Nor Shazlina atas kejayaannya berjaya menamatkan pengajian ijazah kedua yang lalu.

Semoga beliau terus mencipta kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Insya-ALLAH.

Artikel berkaitan 

Anak 5 tahun masih gagal membaca? Ini penjelasan daripada pengetua tadika

Lukis potret guna tangan dan kaki, bakat luar biasa Cikgu Saiful buat ramai terpegun

6 tip menjadi akauntan bertauliah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok