Untitled design
Untitled design

Rezeki Maryam. Satu persatu terima ‘hadiah'. Tahniah dik!

Roshlawaty Md Raieh
29 Sep 2021 11:31am
A
A
A

“Pagi ini saya meraikan bakat muda inovasi tempatan yang telah mengharumkan nama negara”

Demikian kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi laman Facebooknya, pada Isnin.

Dalam hantaran tersebut, turut diraikan ialah dua pelajar Tahun Akhir Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu Nur Liyana Syasya dan Mohd Fahad yang dinobatkan sebagai pemenang 3M Inspire Challenge, menewaskan 121 peserta dari Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Singapura.

MOSTI melalui agensi-agensi di bawahnya komited memberikan sokongan kepada bakat-bakat muda inovasi tempatan.

Semoga lebih ramai anak muda tempatan memupuk minat terhadap inovasi melalui sains dan teknologi.

Terdahulu, Maryam Muzamir, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan, Pahang, menjadi tular kerana berjaya meraih tiga pingat emas sempena The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) di Toronto, Kanada bulan lalu.

Dia yang mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut (YAM 2.0) juga telah mendapat perhatian dunia apabila rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden turut mengetengahkan kejayaan Maryam.

Anak kepada pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Madya Ts Dr Muzamir Hassan, itu merupakan anak yang pendiam.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Ya, dia memang anak yang pendiam. Tetapi, kebolehan dan keistimewaan Maryam dalam bidang inovasi dan reka cipta sudah dapat dilihat seawal usia empat ke lima tahun.

“Hanya melalui pengamatan disekelilingnya, Maryam mampu mereka cipta sesuatu dan ini memang kebolehan yang ALLAH kurniakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menawarkan bantuan untuk mempatenkan hasil inovasi Maryam, YAM 2.0.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hasrat itu dikemukakan melalui agensi di bawah kementerian iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Pihak MyIPO akan membantu untuk proses pemfailan paten bagi inovasi yang dihasilkan Maryam untuk memastikan inovasi beliau dilindungi.

“Usaha mempatenkan hasil inovasi seperti ini bukan sahaja memberikan pengiktirafan hak milik kreativiti kepada pencipta, malah melindungi ciptaan atau inovasi seseorang daripada diciplak,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Sehingga hari ini, adik Maryam dihujani dengan pelbagai ucapan dan tahniah daripada rakyat Malaysia berkenaan kejayaan luar biasanya dalam inovasi YAM 2.0.

Antaranya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, yang turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Maryam menerusi hantaran di Facebooknya.

“Ia merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara,” katanya.

Ujar Ismail Sabri, Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi dia juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut.

“Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian adik Maryam dan saya mendoakan adik Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” tuturnya lanjut.

Selain ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, GPSBestari turut kongsikan sebahagian ucapan wargamaya.

Baca juga Kekeringan idea untuk mengemas meja? Ini 7 panduan yang boleh cikgu guna bila buka sekolah. Menarik sangat!

Baca juga Chris Deng, etnik Kenyah pertama yang diterima masuk ke Universiti Oxford

“@Izzet Siti Norazmiza: Alhamdulillah...tahniah dik...hebat idea dan inovasinya.

“@Yusup Che Rus: Alhamdulillah, tahniah adik. Anugerah bakat dan idea kurniaan ALLAH yang sangat dibanggakan oleh Malaysia khususnya ibu bapa, para guru dan pembimbing.

“@Mahfuza Mansor: Disebalik kejayaan adik ini, mesti ada sokongan hebat daripada ibu bapa. Dan juga full guidance daripada guru. Tahniah kepada mereka!

“@Kartini Abdul Rahman: Tahniah adik Maryam! Kejayaan yang sungguh membanggakan. Semoga adik terus maju jaya dengan ciptaan-ciptaan atau idea-idea terbaik akan datang.

“@Jasmera Ismail: Tahniah dan alhamdulillah! Berkat ilmu yang dituntut dengan nawaitu yang ikhlas, juga doa ibu bapa Maryam berjaya di mata dunia. Diam-diam ubi berisi. Semoga terus sukses dan jangan lupa ibu bapa bila dah besar dan lebih berjaya kelak!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok