HomeGen AlphaRisau dengan pengurusan wang oleh anak? Ikuti 7 tip ajar anak supaya...

Artikel Berkaitan

Risau dengan pengurusan wang oleh anak? Ikuti 7 tip ajar anak supaya suka menabung

Amalan menyimpan wang perlu diterapkan sejak kecil lagi. Kita sedia maklum dengan kepentingan dan kebaikan menabung.

Menabung dari kecil bukanlah kaedah untuk hidup senang ataupun kaya pada masa hadapan kelak. Cukuplah hasil daripada menabung itu dapat membantu dalam kelangsungan kehidupan seharian.

Sebagai contoh, pandemik Covid-19 yang telah melanda negara kita menyebabkan hampir semua rakyat di negara ini berdepan dengan masalah kewangan.

Amatlah penting untuk ibu bapa menerapkan sikap suka menabung dalam kalangan kanak-kanak.

Jadi, kali ini GPSBestari akan kongsikan dengan anda semua terutama ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak kecil.

Ikuti ciapan oleh Amir Syahir di laman Facebook.

**

Jarang ilmu kewangan dan pengurusan kewangan yang berkesan diajar di sekolah. Ilmu ni sangat penting pada zaman sekarang. Jadi, nak tak nak, kita sebagai ibu bapa lah yang kena ajar anak kita sendiri.
Masa kecil inilah waktu terbaik untuk melatih mereka. Kita pupuk minat mereka untuk menyimpan. Kena mulakan daripada sekarang.

BACA JUGA: Didik anak uruskan wang dengan bijak

BACA JUGA: Guru muda wajib tahu, panduan asas dalam pengurusan kewangan

Antaranya:
1. Hadiahkan tabung yang menarik minat anak dan sesuatu yang menjadi kegemaran anak seperti gambar kartun kegemarannya.
2. Ingatkan selalu dan memberi sokongan supaya anak selalu bersemangat untuk menyimpan.
“Jika ada duit baki simpan dalam tabung adik ye”
“Duit along dalam tabung dah banyak. Bagus. Teruskan menyimpan ye along”
“Tak perlu beli mainan itu. Baik simpan dalam tabung abang tu”
3. Buka akaun Tabung Haji atau Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk anak. Bawa anak ke Tabung Haji atau ASB untuk buka akaun atas nama anak. Mesti mereka gembira. Simpan duit raya anak di sana.
4. Membeli tabung yang lutsinar. Si anak boleh lihat tabungan mereka semakin banyak setiap hari. Paling senang gunakan botol minuman. Tulis nama anak di situ. Guna semula. Jimat pun jimat.
5. Jika anak simpan 50 sen, ibu bapa tambah 50 sen ke tabung anak. Lakukan depan mereka barulah mereka lebih bersemangat.
6. Beri pendedahan kepentingan menabung. Contohnya minta anak menabung untuk membeli apa yang dia inginkan. Ia juga dapat mengajar mereka bukan senang untuk dapatkan sesuatu yang mereka inginkan.
7. Bila tabung sudah penuh, kira duit sama-sama dengan anak. Mereka pasti akan lebih gembira dan teruja. Mungkin itu juga dapat menaikkan semangat mereka. Bawa juga anak untuk menyimpan duit ke akaun Tabung Haji/ASB mereka. Biar mereka sendiri tekan nombor giliran. Barulah mereka rasa bersemangat.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpan sehari 50 sen pun sudah memadai untuk permulaan mengajar anak-anak. Ajarlah anak-anak menabung sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Ajar juga anak supaya suka bersedekah. Bila kita bawa mereka ke masjid, ajar mereka untuk sedekahkan duit. Bagi mereka masukkan sendiri duit dalam tabung masjid tu. Kita dapat pahala sebab duit tu asalnya daripada kita juga, tambah lagi pahala sebab ajar anak buat baik.
Jom terus amalkan tip-tip ini. Mudah-mudahan anak kita nanti lebih pandai uruskan kewangan dan senang di masa depannya.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Sumber: Facebook Amir Syahir

Artikel Terkini