
Main ‘game’ pun boleh belajar, jom kenali portal permainan pembelajaran untuk anak-anak
Hari ini cara belajar tidak lagi terhad dengan duduk berhadapan dengan guru, buka buku dan baca selama berjam-jam kerana selari dengan perkembangan teknologi pelbagai variasi dan alat untuk belajar telah wujud.
Pelbagai kaedah selain cara tradisional boleh digunakan untuk menuntut ilmu seperti menonton video di YouTube atau pun membaca perkongsian dari portal GPSBestari.
Selain dua cara di atas, cara lain untuk menuntut ilmu adalah dengan bermain permainan video dan jangan fikir main ‘game’ tidak boleh belajar ya.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Hanis Athirah Rusli ada berkongsi sebuah portal ‘educational game’ yang sangat sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak dari umur tadika hingga ke 12 tahun, jom ikuti perkongsiannya di bawah.
*
Games Pendidikan Untuk Anak
Ada lebih kurang 150 Learning Game dekat sini yang meliputi pelbagai subjek dan objektif sesuai untuk anak Kindergarten hinggalah kepada Sixth Grade.
Contoh Game yang ada ialah Matematik, membaca, perkataan, cerita, tema, teka-teki dan banyak lagi pecahan kecil yang ada.
Jadi, hari ini Anis hendak kongsi salah satu pautan menarik yang Anis berikan akses kepada anak untuk bermain dan belajar di bawah pantauan Anis sepenuhnya. Roomrecess.com
Boleh tengok gambar di bawah. Memang seronok sebab aktiviti permainan yang disediakan pun menarik. Memang teruja anak-anak bermain sambil belajar.
Semoga bermanfaat insya-ALLAH
1. Math Race
Ini game berlari, lagi cepat anak boleh selesaikan operasi lagi pantas larian. Siap boleh pilih character lagi tau
https://www.roomrecess.com/mobile/MathRace/play.html
2. Vowel Popper
Suka yang ini, boleh belajar Short & Long Vowels
https://www.roomrecess.com/mobile/VowelPopper/play.html
3. MatematikBelajar matematik, lagi. Hendak menang perlu jawab dengan betul.
4. ELA and Word Games
5. Reading Learning Games
6. Mouse Skill and Typing Games
7. Page with Special Theme
*
Semoga perkongsian ini membantu.