6FEB5F8E-122D-4E04-988D-90D002DAA000
6FEB5F8E-122D-4E04-988D-90D002DAA000

Rujukan buat guru, tutorial bina game interaktif dengan aplikasi educandy

Rasyidah Zulkifi
16 Mar 2022 06:34pm
A
A
A

Ketagihan game atau permainan video dalam kalangan murid sekolah dapat diatasi dengan pelaksanaan pendigitalan pendidikan ketika sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Ia bukan sahaja selaras dengan seruan Kementerian Pendidikan (KPM), malah, menimbulkan keseronokan pada sesi PdPc itu sendiri.

Baca juga

KPM kawal ketagihan game, larang bawa telefon bimbit ke sekolah 

Main ‘game’ pun boleh belajar, jom kenali portal permainan pembelajaran untuk anak-anak

Game dilihat mampu menarik tumpuan anak murid pada masa ini kerana cirinya yang interaktif dan berupaya meningkatkan perkembangan kognitif mereka.

Educandy adalah aplikasi yang menyediakan peluang kepada guru-guru membina permainan secara dalam talian untuk murid-murid.

Jadi, pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin menunjukkan langkah-langkah membuat game di Educandy seperti yang berikut;

Mula-mula, pergi ke laman sesawang www.educandy.com kemudian klik Educandy studio.

Seterusnya, muat turun Educandy di AppStore, Google Play atau Microsoft untuk daftar akaun secara percuma.

Selesai membuat pendaftaran secara dalam talian, pengguna akaun boleh isikan alamat emel dan kata laluan masing-masing.

Kemudian, semak peti masuk e-mel dan sahkan supaya dapat log masuk aplikasi.

Selepas itu, pilih jenis aktiviti yang anda ingin buat, ‘Word Search’, ‘Noughts and Crosses’, ‘Crosswords’, ‘Spell It!’, ‘Anagrams’, ‘Match-up’, ‘Multiple Choice’ atau ‘Memory’.

Sekiranya sudah pilih, boleh masukkan tajuk atau subtopik pelajaran dan tambahkan nama subjek tersebut.

Lalu, boleh tambah soalan dan kunci jawapan. Untuk menjadikannya lebih interaktif, imej dan bunyi juga boleh ditambah pada permainan sedia ada.

Akhir sekali, selepas game sudah lengkap, ia boleh dikongsikan dalam bentuk pautan dan kod khas kepada anak murid.

Sinar Bestari berharap tutorial ini mampu meningkatkan kefahaman murid-murid dalam apa jua mata pelajaran melalui kaedah PdPc.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok