no image

SK Dato' Wan Kemara wujudkan Laman Relax and Recharge, budayakan program minda sihat

webadmin
03 Mar 2022 05:05pm
A
A
A

KUBANG PASU - Guru-guru dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Wan Kemara, Changlun, Kedah sepakat bekerjasama mewujudkan Laman Relax and Recharge dalam usaha menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membudayakan program minda sihat.

Guru Besar SK Dato' Wan Kemara, Mohd Nizam Saidin berkata, laman itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental dan sentiasa bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh KPM dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid.

Baca juga

IBIC galak inovasi dalam kalangan pelajar, turut terima penyertaan pelajar luar negara

Pelajar UKM jayakan aktiviti perkhemahan, amalkan SOP dan pengurusan risiko yang ketat

Katanya, penglibatan ibu bapa secara serius dalam usaha menyiapkan laman berkenaan membuktikan mereka juga cakna dengan kesihatan mental anak-anak.

Laman Relax and Recharge yang diwujudkan hasil kerjasama ibu bapa dan guru SK Dato'Wan Kemara di Changlun.

"Secara keseluruhannya kami mengambil masa selama tiga minggu untuk menyiapkan laman ini dan ibu bapa turut meluangkan masa mereka membantu guru-guru pada waktu petang serta hujung minggu," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Menurutnya, laman terbabit dihias dengan bertemakan keceriaan selain turut dilekatkan poster kata-kata semangat dan perangsang.

"Laman ini akan berfungsi apabila mana-mana individu dalam kalangan warga sekolah duduk di kerusi yang disediakan di laman ini.

"Kemudian mereka yang prihatin akan merujuk individu berkenaan kepada unit Bimbingan dan Kaunseling untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Zainol Abidin Mohamad berkata, sekolah terbabit telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan laman berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Ini adalah usaha untuk menormalisasikan kesihatan mental dalam kalangan warga sekolah, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang ramai orang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

"Tahniah juga kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang bertanggungjawab dalam menguruskan laman ini kerana telah menjadikan ia sebuah entiti untuk menyalurkan maklumat psikopendidikan berkaitan kesejahteraan mental selain mempromosikan amalan gaya hidup sihat kepada seluruh warga sekolah," tuturnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok