kate-hliznitsova-2THdTdKs0yU-unsplash
kate-hliznitsova-2THdTdKs0yU-unsplash

Tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan 5 tip ini

Mohd Khairi Mohamad Yusri
21 Jul 2021 04:38pm
A
A
A

Bahasa Inggeris merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib dipelajari. Bahasa ini penting untuk kejayaan pada masa hadapan.

Tapi ada juga yang tak suka belajar bahasa ini dan menjadikan bahasa ini sebagai sebuah mimpi ngeri ketika di sekolah.

Jangan risau sebenarnya bahasa ini tidaklah susah dan boleh dipelajari oleh semua orang.

Jadi, kali Ini GPSBestari ingin berkongsi 5 tip yang boleh diamalkan untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Menonton filem bahasa Inggeris

Mungkin ia tidak dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris secara formal tetapi dengan mononton filem berbahasa Inggeris, ia dapat membantu untuk memahami bahasa ini dengan lebih baik.

Melalui cara ini, anda dapat membiasakan diri dengan cara percakapan orang lokal dan tahu cara hendak menggunakan sesuatu ayat supaya kena dengan situasi.

Selepas sahaja mendengar ayat-ayat yang kedengaran tidak formal, anda boleh mencari perkataan yang lebih sesuai digunakan. Sebagai contoh, perkataan seperti ‘jacked' yang sebenarnya bermaksud ‘shoes’ walaupun maksud rasmi bagi 'jacked' itu adalah lain.

Seperti bahasa Melayu yang mempunyai slang dan loghat yang pelbagai. Bahasa Inggeris juga tidak terkecuali. Jadi dengan mencari perkataan ‘yang’ betul, sudah pasti anda boleh meningkatkan penguasaan bahasa anda.

Selain itu, pendedahan terhadap bahasa Inggeris melalui filem juga dapat membantu anda untuk mula berfikir dalam bahasa ini.

Baca akhbar berbahasa Inggeris

Susah pasti dengan memperbanyakkan bacaan akhbar bahasa Inggeris ini akan membantu anda memperluaskan perbendaharaan kata selain dapat mengikuti perkembangan terkini.

Selain itu, anda juga akan menjadi lebih selesa dengan bagaimana ejaan perkataan dan apakah konteks sesuatu perkataan paling sesuai digunakan.

Fikir positif

Berhenti daripada mengatakan bahawa bahasa Inggeris itu susah. Jika selalu mengatakan bahasa Inggeris ini susah maka susah la jadinya.

gambar hiasan

Jadi anda perlu mengubah ubah mindset. Selalu fikir yang positif. Beritahu diri setiap hari bahawa "Aku boleh", “orang lain boleh kenapa aku tak boleh? Aku mesti boleh!”. Berikan semangat pada diri sendiri.

Jika kita impikan sesuatu kita mesti berusaha sampai dapat kecapi kerana usaha tangga kejayaan.

Catat perkataan baru

Mulakan membuat senarai frasa dan perkataan bahasa Inggeris yang berguna. Anda boleh membuat senarai ini menggunakan apa sahaja peranti, sama ada melalui buka nota ataupun komputer.

gambar hiasan

Jadi, setiap kali anda terdengar atau terjumpa sebarang perkataan yang tidak pernah ditemui, catat dan ambil tahu tentang maksudnya

Jangan hanya fokus pada perkataan itu sahaja tetapi cari juga apakah sinonim dan frasa yang sesuai digunakan sekali.

Kerana, anda mungkin memahami maksud perkataan seperti “precedence” atau “tantalizing", tetapi apakah anda mengetahui bagaimana cara penggunaannya dan bila masa yang paling tepat untuk menggunakannya?

Mulakan perbualan dalam bahasa Inggeris

Tidak cukup dengan hanya mendengar dan membaca sahaja, cara untuk bertutur juga perlu dititikberatkan.

Gunakan bahasa Inggeris secara interaktif dan selalu berlatih untuk meningkatkan kemahiran bertutur anda.

Sekiranya anda mempunyai kenalan yang fasih bahasa Inggeris, memulakan perbualan dengan mereka hari ini, atau boleh juga memulakan perbualan Bahasa Inggeris dengan orang lain yang baru belajar bahasa ini.

Memang pada permulaan sebutan anda akan kedengaran janggal tetapi dengan berbual dalam bahasa Inggeris, anda akan dapat mengetahui kesilapan dan boleh dibetulkan pada masa hadapan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok