WhatsApp Image 2022-02-25 at 4.43.57 PM
WhatsApp Image 2022-02-25 at 4.43.57 PM

(VIDEO) “10A buat Bella dan Tasha” - Angkasawan negara kongsi rahsia kecemerlangan anak

Adlan Farhan Azwan
25 Feb 2022 04:45pm
A
A
A

Nama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha al-Masrie tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Beliau merupakan angkasawan negara pada tahun 2007.

Baru-baru ini, beliau telah berkongsi berita gembira bersama-sama 1.1 juta pengikut di laman Instagram apabila anaknya, Bella dan Tasha berjaya memperoleh 10A dalam peperiksaan yang baru dijalankan.

Video yang berdurasi hampir satu minit itu menunjukkan kegembiraan yang terukir di wajah anak-anaknya yang membuktikan kemampuan masing-masing di sekolah.

Selain daripada kecemerlangan akademik, Bella juga berjaya mendapat tawaran untuk menjadi pengawas di sekolahnya.

Dalam pada itu, Sheikh Muszaphar turut berkongsi rahsia bagaimana beliau mendidik anak-anaknya sehingga dapat keputusan yang membanggakan itu.

[embed]https://www.tiktok.com/@drsheikhmuszaphar/video/7067890168828661018?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7063350216812709378[/embed]

Ikuti perkongsian tersebut di bawah.

*****

Bella sentiasa cemerlang dalam semua bidang tidak kira sukan atau pelajaran.

Dia selalu berjaya menjadi tempat pertama di dalam kelas sejak tahun satu dan telah sentiasa berusaha sehingga ke hari ini.

Rahsia Bella? Dia sentiasa menumpukan perhatian di dalam kelas.

Hanya menunggu masa sehingga Tasha akan mengikuti jejak langkah untuk bersaing bagi membuktikan kemampuan dia.

Alhamdulillah - Syukur sangat.

Anak sulung memainkan peranan besar dalam keluarga.

Mereka perlu menunjukkan teladan yang baik supaya dapat dicontohi adik-beradik yang lain.

Mereka perlu rajin

Mereka perlu bersabar

Mereka perlu bertanggungjawab

Mereka perlu mengambil berat

Mereka perlu mengalah pada setiap masa.

Ibu bapa biasanya mempunyai harapan yang tinggi terhadap dan boleh mengakibatkan tekanan yang tinggi.

Tidak mudah untuk menjadi anak sulung.

Kesimpulannya, kedua-dua anak kepada angkasawan negara itu diajar supaya memasang niat yang betul dalam perjuangan menimba ilmu.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak-anak berlandaskan agama dan pada masa yang sama mengutamakan pencapaian secara holistik

Artikel berkaitan 

15 tip bentuk anak berguna cara Dr Sheikh Muszaphar, ibu bapa perlu beri perhatian

Berkat doa ibu bapa dan pensyarah, sukarelawan ini turut cemerlang akademik

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja kongsi tip raih keputusan cemerlang setiap semester


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok