FLmdyy4UUAMFiQf (1)
FLmdyy4UUAMFiQf (1)

(VIDEO) Beg sekolah berat? Guru ini kongsi inisiatif sekolah ringankan beban murid

Adlan Farhan Azwan
16 Feb 2022 02:26pm
A
A
A

Baru-baru ini, isu beg berat yang melibatkan murid sekolah menjadi antara topik perbualan yang hangat dibincangkan di media sosial dan rata-rata ibu bapa meluahkan kerisauan mengenai kesihatan anak-anak mereka.

Masalah beg sekolah terlampau berat yang dialami oleh murid sekolah adalah isu yang sudah lama dibangkitkan sehingga ke hari ini. Namun, masih tiada sebarang perubahan dan penyelesaian yang dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Baca juga

‘Sir Ladang’ beri inspirasi kepada golongan muda, kongsi rutin jadi penternak di TikTok

Pak Arib tak sangka tular di media sosial, dikagumi kerana boleh ajar pelbagai subjek

Sinar Bestari tertarik dengan ssatu video yang tular menunjukkan inisiatif diambil oleh guru kelas dalam usaha mengatasi masalah isu beg berat ini.

[embed]https://www.tiktok.com/@faizalfaizofficial/video/7064971310107069722?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7063350216812709378[/embed]

Menurut video tersebut, kotak dijadikan tempat penyimpanan buku teks yang berat sekali gus memudahkan murid kerana mereka tidak perlu membawanya pulang ke rumah.

Kotak tersebut akan diletakkan di sebelah meja murid bagi memudahkan mereka mengambil buku yang diperlukan tanpa perlu berjalan-jalan di dalam kelas.

Kemudian, murid hanya akan membawa pulang bahan-bahan jika terdapat kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Video tersebut yang dimuat naik oleh @faizalfaizofficial telah meraih hampir 18 tanda suka dengan 326,000 jumlah tontonan di laman TikTok.

Ramai yang memberi komen positif atas cadangan yang diberikan oleh guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jaya ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

usermama,aryan: Terima kasih atas info ini, saya akan usulkan di sekolah anak saya semasa mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

fieza#tribe769: Terbaik, buku teks sekarang semuanya tebal-tebal. Tidak sanggup rasanya tengok anak bawa beg sekolah, berat katanya.

Tun teja.: Sokong. Sepatutnya sudah lama buku teks tidak perlu dibawa balik ke rumah. Buku kerja dan latihan sahaja yang dibawa balik.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok