WhatsApp Image 2021-12-06 at 4.38.26 PM
WhatsApp Image 2021-12-06 at 4.38.26 PM

(VIDEO) Nyanyian penuh keyakinan oleh ‘Dikmie’ dipuji netizen

Adlan Farhan Azwan
06 Dec 2021 04:42pm
A
A
A

Video berdurasi hampir dua minit itu menyaksikan seorang budak lelaki menggayakan pakaian baju melayu dengan kemas sambil menyanyi dengan penuh keyakinan.

Video yang dimuat naik oleh @joharihassan2 di laman TikTok itu telah menarik perhatian ramai pengguna laman media sosial itu. Rata-rata mereka memuji kesungguhan yang dimiliki oleh adik Fahmi.

Ramai antara mereka juga terhibur kerana latah adik Fahmi yang comel sambil bersungguh-sungguh menyanyi.

BACA JUGA: (VIDEO) Menangis jumpa guru, tanda sayang Adele buat ramai peminat terharu

BACA JUGA: Dendangan lagu Sejahtera Malaysia, satukan murid pelbagai kaum dan negeri

Adik Fahmi menyampaikan lagu bertajuk ‘Perfect’ oleh penyanyi asalnya, Ed Sheeran.

Dalam video tersebut, dia menyanyi dengan penuh penghayatan walaupun lirik yang dinyanyikan itu sedikit berbeza berbanding lagu asal.

[embed]https://www.tiktok.com/@joharihassan2/video/7038044725324156186?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7034399034081101313[/embed]

Namun, usaha adik Fahmi untuk menyanyikan lagu itu mendapat pujian ramai serta kagum dengan kesungguhan dia membuat persembahan.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Bagi umur dia, bahasa Inggeris dia adalah bagus. Dia boleh menyebut dan mengingati kebanyakan lirik dengan sempurna.” - Fiks

“Comelnya! Kecil-kecil sudah pandai menghafal lagu berbahasa Inggeris.” - Baebymeen

“Kalau tak menang, aku nak jumpa pengetua mereka, ada perkara yang ingin dibincangkan.” - Layla Akabane

Semoga adik Fahmi terus menyanyi dengan penuh keyakinan dan penghayatan sehingga menjadi penyanyi terkenal.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok