hannah-olinger-8eSrC43qdro-unsplash (2)
hannah-olinger-8eSrC43qdro-unsplash (2)

Mahu menghasilkan nota yang berkualiti? Ikuti 11 tip ini

webadmin
03 Feb 2022 04:57pm
A
A
A

Menghasilkan nota merupakan satu kemahiran yang sangat penting untuk dipelajari. Ini kerana ia merupakan alat yang boleh membantu kita mengingati sesuatu perkara dengan mudah.

Namun begitu, membuat nota sebenarnya boleh juga menjadi sesuatu yang sangat sukar, lebih-lebih lagi jika orang yang membuat pembentangan bercakap terlalu laju, tetapi kita menulis dengan perlahan.

Untuk kes itu, mungkin kita hanya perlu mengingatkan pembentang supaya bercakap dengan lebih perlahan.

Tetapi bagaimana pula jika mahu memastikan nota yang dibuat mudah difahami ataupun memastikan semua perkara penting telah dicatat?

Untuk itu, kami senaraikan 11 tip membuat nota yang berkualiti di bawah ini. Semoga memberi manfaat kepada pembaca di luar sana.

1. Tentukan apa yang penting

Pengambilan nota tidak boleh sekadar menjadi sebuah transkrip setiap perkataan yang disebut, sebaliknya ia merupakan ringkasan maklumat dan persoalan penting.

Seperti di dalam kelas Sejarah, pastikan apa yang dicatat adalah nama dan tarikh-tarikh penting kejadian bersejarah itu berlaku.

Oleh itu, sebelum kelas, pembentangan, atau mesyuarat bermula, buat jangkaan terlebih dulu mengenai apakah info yang penting. Ini boleh dilakukan dengan membuat persediaan awal seperti ulang kaji.

2. Hilangkan gangguan

Apa sahaja yang anda dapati mencuri perhatian semasa pembentangan perlu disingkirkan sebagai gangguan.

Jika anda mengambil nota menggunakan peranti digital, pastikan aplikasi-aplikasi yang tidak berkaitan ditutup. Begitu juga jika anda tahu bahawa orang di sebelah suka bersembang dengan anda, mungkin anda boleh menukar tempat duduk.

Ini kerana adalah amat penting untuk memastikan semua perhatian tertumpu pada bahan subjek dan pengambilan nota agar tidak terlepas sebarang info penting.

buat nota berkualiti | Kredit gambar unsplash

3. Bertenang

Mungkin kadang-kadang kita takut jika nota yang dicatat mengandungi kesilapan, tetapi kita perlu sedar bahawa tidak semua nota yang diambil akan sempurna.

Oleh itu, jika ada perasaan ragu akan nota yang dicatatkan, boleh rujuk dan dapatkan bantuan rakan ataupun bertanya semula kepada pembentang.

Mengambil nota tidak dinafikan sesuatu yang sukar, jadi akui kesilapan dan perbaikinya.

4. Aplikasi digital

Gunakan aplikasi atau perisian dalam talian. Anda juga boleh gunakan sahaja aplikasi membuat nota yang memang tersedia di dalam komputer riba, tablet atau telefon anda.

Semua aplikasi tersebut akan memudahkan untuk mengambil nota pantas dan memasukkan media tambahan seperti foto, pautan, senarai semak dan lokasi.

Jika anda rasa tulisan tangan anda sukar dibaca, menaip nota merupakan satu alternatif yang sangat bagus.

buat nota berkualiti | Kredit gambar unsplash

5. Buat lakaran

Bak kata pepatah Inggeris yang bermaksud sebuah gambar bernilai seribu perkataan, membuat nota juga begitu kerana lebih ramai akan mudah memahami sesuatu konsep jika ia ditukar kepada bentuk visual.

Cuba lakar beberapa lukisan untuk melihat nota yang ditulis. Ia boleh mempercepatkan ingatan tentang perkara yang anda fikirkan dan menjadikan nota lebih menyeronokkan untuk dibaca.

Tetapi jangan sampai melebih-lebih sehingga terlepas perkara yang penting, kerana ia masih lagi memerlukan tulisan untuk meningkatkan kefahaman.

6. Buat sesuatu secara visual

Ambil nota dan susunkan ia menjadi seperti sebuah risalah. Jika terasa agak susah, gunakan aplikasi seperti Microsoft Publisher untuk mencantikkan nota anda.

Semasa membuat nota ini, bayangkan apa yang ditulis akan digunakan untuk mengajar orang lain. Perkara ini memaksa anda untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan kandungan yang ditulis dan akan membantu susunan dengan cara yang lebih mudah untuk difahami.

7. Peta minda

Peta minda merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk membuatkan nota lebih mudah difahami. Ia akan kelihatan seperti carta alir atau sarang yang bersambung antara topik dan subtopik.

8. Gunakan kaedah Cornell

Kaedah Cornell ialah pendekatan yang bagus untuk menyusun nota menjadi beberapa bahagian yang mudah disemak.

buat nota berkualiti | Kredit gambar unsplash

Untuk membuat nota ini, anda perlu membuat tiga kotak seperti gambar rajah di bawah.

Bahagian terbesar yang anda gunakan untuk mengambil nota yang dimahukan. Bahagian kecil di kiri adalah untuk kata kunci yang akan memudahkan proses mengingat pelajaran semasa ulang kaji. Bahagian bawah pula adalah ringkasan tentang apa yang telah dipelajari.

9. Kaedah outline

Kaedah outline menukarkan nota anda menjadi titik peluru yang mudah diingati.

Tulis seperti sedang membuat sebuah cerita, yang ada poin utamanya seperti topik atau subjek dan di bawahnya terdapat titik tumpu yang mengandungi maklumat sokongan.

10. Minta penjelasan

Nota yang dibuat sebenarnya hampir tiada nilai jika ia tidak dapat difahami. Oleh itu, pastikan anda bertanya kepada guru atau penyampai sebarang kemusykilan yang dihadapi.

Jangan risau, kemungkinan orang lain juga akan berterima kasih kerana anda bertanya tentang perkara yang mereka juga tidak faham.

Ia juga bagi memastikan anda tidak keliru dalam memahami konsep ketika melakukan ulang kaji di kemudian hari.

buat nota berkualiti | Kredit gambar unsplash

11. Buat ringkasan

Selepas kelas, pembentangan atau apa-apa mesyuarat, buat satu ringkasan berkenaan perkara utama yang dibincangkan tadi. Ini penting bagi memastikan apa yang dipelajari akan menjadi lebih mudah untuk diingat dan tiada kemusykilan yang timbul di kemudian hari.

Ringkasan yang baik harus merangkumi bukan sahaja perkara utama, tetapi juga aplikasi lanjutan kepada bahan subjek, soalan yang akan dikaji, dan senarai tugasan yang perlu diselesaikan.

Semoga perkongsian ini membantu.

S: www.lifehack.org/

Artikel berkaitan 

8 tip buat nota mudah dibaca, pelajar perlu ikut

Cacat penglihatan tak halang Siti Aisah raih Anugerah Guru Cemerlang

Nota ringkas Sains tulisan tangan Cikgu Nur Faralina buat pelajar bersemangat hendak belajar. Terbaiklah cikgu!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan