KV-Keningau
KV-Keningau

Membanggakan! Pelajar Berkeperluan Khas KV Keningau terima Anugerah World Changer

webadminwebadmin
07 Sep 2022 02:05pm

Nama Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah sememangnya sudah tidak asing lagi dalam melakar kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, sekolah tersebut sekali lagi membanggakan nama negara apabila Pelajar Berkeperluan Khas, Alexius Ignatius, 17, dipilih sebagai penerima Anugerah World Changer bagi bulan September 2022 oleh Persatuan Pendidikan Khas Global, Special Education Network and Inclusion Association (SENIA), di Kanada.

Anak kelahiran Papar itu telah dipilih sebagai pemenang anugerah tersebut atas sumbangannya dalam pendidikan khas.

Menurut Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibin Sabin, Alexius merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya memenangi pingat emas dalam festival seni dalam talian anjuran Festival Bridges iaitu persatuan seni Eropah.

“Manakala pada 16 Mei lalu, cerita animasi bertajuk Timbalun yang disampaikan oleh Alexius dalam Bahasa Inggeris telah dianugerahkan pingat emas di festival seni Ritmos Brasileiros 2022 yang berpusat di Sao Paulo, Brazil.

“Dia juga aktif dalam aktiviti sukarelawan di mana dia telah banyak membantu pasukan sekolah dalam pelbagai bidang dan memainkan peranan penting dalam pengurusan dan latihan pasukan bola lisut yang mendapat tempat kedua di kejohanan peringkat daerah,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambah beliau, Alexius bjuga anyak membantu pasukan teater kolej sehingga berjaya menjuarai pertandingan drama Bahasa Inggeris peringkat Daerah Keningau.

“Selain itu, dia merupakan ketua aktiviti pengumpulan dana melalui gerai jualan makanan untuk membantu menanggung kos lawatan sambil belajar bagi pelajar-pelajar Berkeperluan Khas dan pembimbing rakan sebaya di sekolah ini,” jelas beliau.

Johari turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang pelajar KV Keningau dalam pelbagai bidang sama ada dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.

“Saya sangat berbesar hati dengan penganugerahan tersebut kerana ia mampu meningkatkan kesedaran masyarakat dan industri pekerjaan berkenaan dengan kemampuan dan keupayaan individu Berkeperluan Khas.

“Pihak KV Keningau akan terus berusaha bagi memberi peluang kepada golongan Berkeperluan Khas ini agar mereka mendapat pendidikan yang berkualiti dan praktikal,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Bangga dengan tradisi Sarawak, Dr Kaleena hadiri konvokesyen berpakaian tradisional Orang Ulu

Aplikasi 'Go English Writing' berjaya dibentangkan di Turki oleh guru KV Keningau

Cikgu Sydney sebagai wakil tunggal Malaysia ke persidangan antarabangsa GSC. Rezeki guru KV Keningau


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp