Sekolah lain dekorasi dalam bilik, tapi SMK Rawang hias luar bilik. Kreatif sungguh cikgunya!
Sekolah lain dekorasi dalam bilik, tapi SMK Rawang hias luar bilik. Kreatif sungguh cikgunya!

Sekolah lain dekorasi dalam bilik, tapi SMK Rawang hias luar bilik. Kreatif sungguh cikgunya!

webadmin
30 Dec 2020 07:44am
A
A
A

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rawang beruntung kerana mempunyai barisan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang cukup kreatif.

Mana tidaknya, jika guru-guru lain begitu teruja untuk menghias ruang dan dalaman di Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) atau Bilik Bimbingan dan Kaunseling (BBK) tetapi tidak bagi Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini.

Mereka memilih untuk menghias luar UBK atau BBK dengan cara tersendiri. Unikkan...

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, Cikgu Solihah Mohamed Salleh berkata, perubahan atau inovasi yang dilakukan terhadap luar unit berkenaan mendapat sokongan pihak sekolah.

“Semua menyokong dengan projek mural yang dihasilkan ini. Saya sangat terharu,” katanya kepada GPB Bestari.    

Cikgu Solihah yang juga kakak kepada Cikgu Mohd Fadli Salleh (MFS) memberitahu, projek mural yang dinamakan Airbrush Mural adalah hasil usahasama bersama Syarikat Masjudan Design Enterprise.  

“Pelukis mural ini ialah Muaz Selamat.

“Mural yang dihasilkan beliau berbeza daripada mural lain kerana ia menggunakan teknik semburan grafiti style dan mengikut tema yang dikehendaki,” ujarnya.

Cikgu Solihah bersama adik kesayangannya, Cikgu Mohd Fadli Salleh (MFS).

Cikgu Solihah bersama pelukis mural hebat, Muaz yang menggunakan teknik semburan grafiti style pada mural di UBK SMK Rawang.

Terdahulu, Cikgu Solihah pernah menghasilkan mural 5D yang dinamakan Mural Timbulan Tebuk Tembus di SMK Darul Ehsan.

Ia menghiasi luar UBK sekolah ini pada tahun 2017.

“Projek Mural Timbulan Tebuk Tembus ini berkolaborasi bersama ahli Kelab Seni Lukis seliaan Cikgu Syed Rukaidar Syed Al-Idrose,” katanya.

Selain Airbrush Mural, Cikgu Solihah turut mewujudkan projek dikenali Sudut Momento Program dan Aktiviti Sekolah.

“Sudut Momento Program dan Aktiviti Sekolah merupakan sudut yang dilengkapi dengan pelbagai maklumat penting.

“Maklumat ini kita tampal di setiap papan kenyataan utama sekitar blok pejabat sekolah.

“Guru, pelajar dan juga pelawat boleh mendapatkan info terkini dan juga kejayaan warga SMK Rawang menerusi sudut tersebut,” katanya.

Cikgu Solihah memberikan sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar Tingkatan Lima tahun 2018 di hadapan Projek Muralnya yang juga boleh dijadikan sebagai photobooth.

Biodata Guru

Nama: Solihah Mohamed Salleh

Umur: 40 tahun

Jawatan: Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBKSM)

Sekolah: SMK RAWANG

Tahap Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda

Pengalaman sebagai pendidik: SMK Darul Ehsan (2014-2018) dan SMK Rawang (2019 - kini)

Pencapaian/Anugerah:

APC 2018

Peringkat Sekolah SMK Darul Ehsan

1. Sijil Pencapaian: Merekod Amalan Baik Murid Terbanyak dalam SSDM Tahun 2018

2. Sijil Pencapaian: Memperolehi Jumlah Mata Kredit Tertinggi dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (82 mata kredit)

 

Peringkat Sekolah SMK Rawang

1. Sijil Anugerah Kecemerlangan Guru: Guru Proaktif dan Inovatif Tahun 2019

2. Sijil Anugerah Kecemerlangan  Guru: Pengisian Amalan Baik Murid Terbanyak dalam SSDM

3. Sijil Anugerah Kecemerlangan Guru: Mencapai Sasaran Mata CPD (133 mata kredit) Tahun 2019

 

Peringkat Antarabangsa

1. Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Pembelajaran di UUM Tahun 2019

 

Artikel menarik

Rahsia didikan keluarga Cikgu Mohd Fadli. Tak sangka semua adik-beradiknya turut bergelar pendidik

Dua beradik bimbing pelajar SMS Pasir Puteh hasilkan inovasi hingga bawa pulang pelbagai anugerah

Penggunaan gajet dalam PdP beri impak besar. Ustazah ini kongsi tiga sebab yang ramai tak tahu!

Bagaimana keadaan kelas selepas PKPB? Cikgu Salbiah kongsi tiga tip untuk guru-guru buat. Cubalah!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok