pexels-daria-shevtsova-1440727
pexels-daria-shevtsova-1440727

Suka main telefon pintar, ini 5 kesan pelajar wajib tahu

Rasyidah Zulkifi
30 Jan 2022 08:59am
A
A
A

Kemajuan yang pesat dalam teknologi maklumat membantu pelajar untuk belajar dengan lebih mudah. Antara yang kerap dan mudah digunakan adalah telefon pintar.

Namun begitu, menurut kajian, lebih daripada 50% penggunaan telefon pintar menimbulkan masalah kepada pelajar.

Baca juga Aplikasi terbaik yang mesti ada dalam telefon pintar pelajar

Baca juga Pelajar hilang telefon? Jangan risau, ikuti cara ini untuk mencarinya semula

Oleh itu, GPSBestari ingin berkongsi lima kesan buruk yang perlu kita sama-sama atasi.

1. Penglihatan terjejas

Tidak dinafikan, melayari internet dengan telefon pintar boleh menjejaskan penglihatan.

Kesannya, mata boleh menjadi kemerah-merahan, penglihatan kabur dan mata mengalami iritasi.

Justeru, mereka perlu mengehadkan penggunaan telefon pintar jika tidak mampu meninggalkannya.

Kekalkan jarak sekurang-kuranya 16 sentimeter antara muka dan papan skrin telefon pintar.

2. Gangguan tidur

Radiasi daripada gajet tersebut boleh menyebabkan kitaran tidur semula jadi seseorang pelajar itu terganggu.

Jika ini berterusan, maka pelajar boleh mengalami ‘microsleep’, lelap berpunca daripada kurang tidur dan juga kesukaran untuk tidur.

Kesannya, mereka kurang masa untuk menyiapkan kerja sekolah kerana banyak mengorbankan masa dengan telefon pintar.

3. Diserang bermacam-macam penyakit

Menatap skrin telefon pintar terlalu lama boleh menyebabkan sakit kepala. Kredit foto: Pexels

Sinaran cahaya daripada skrin telefon pintar boleh memberikan kesan kepada mata.

Apabila mata menjadi sakit, secara tidak langsung, mereka boleh terkena sakit kepala.

Kesan ini juga berpanjangan di mana penyakit tersebut boleh membawa migrain yang akhirnya membawa kepada kemurungan dan menjejaskan kesihatan mental.

Jadi, berpada-padalah menggunakan telefon pintar.

4. Prestasi akademik merundum

Ciri-ciri dalam telefon pintar yang interaktif memang menarik perhatian para pelajar.

Mereka menjadi begitu ralit bermain telefon pintar sehingga pelajaran mereka pun terabai.

Tidak fokus belajar akibat penggunaan telefon pintar yang melampau menyebabkan prestasi akademik jatuh merundum.

Ada yang sanggup ponteng kelas kerana terlalu seronok menggunakan telefon pintar sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar sekolah.

5. Terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral

Pelajar terdedah dengan keruntuhan akhlak jika menggunakan telefon pintar untuk perkara yang tidak berfaedah.

Contohnya, menonton pornografi dalam telefon pintar mereka.

Aktiviti ini bukan sahaja menyebabkan ketagihan, malah, boleh menjerumuskan kepada aktiviti yang tidak bermoral.

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengawal selia kegiatan anak-anak, supaya pelajar tersebut sentiasa terhindar daripada perkara yang tidak elok.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Langkah yang boleh diambil adalah memeriksa telefon pintar anak-anak dan mengehadkan penggunaan telefon pintar pada hari persekolahan.

Walaupun telefon pintar banyak memberikan kesan kepada pelajar, kita tidak boleh mengabaikan kepentingannya.

Justeru, GPSBestari menasihatkan para pelajar supaya menggunakan telefon pintar dengan cara yang betul.

Sumber: 21st Century Repairs

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok