6 tip kejayaan untuk cikgu yang baru posting
6 tip kejayaan untuk cikgu yang baru posting

6 tip kejayaan untuk cikgu yang baru posting

Roshlawaty Md Raieh
12 Jan 2023 06:52pm
A
A
A

MULAI Januari ini, kelihatan ramai guru-guru baharu dan lama mula mengajar di sekolah baru.

Bagi yang sudah ada pengalaman sebagai pendidik, mungkin keterujaan itu tidak sama dengan cikgu yang baharu pertama kali posting di sekolah tertentu.

Guru Cemerlang Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Kedah, Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib memuat naik perkongsian diblognya berkenaan tip berjaya untuk bakal guru dan juga yang sudah bergelar pendidik.

Tip-tip tersebut adalah terdiri daripada

1) Reda dengan penempatan

Kena reda dengan banyak perkara pada peringkat awal. Jauh dari rumah, rumah sewa tidak selesa, dapat subjek tidak sama dengan major, sekolah dalam hutan dan lain-lain. Sekolah kampung atau bandar, sekolah kecil atau besar, semuanya ada cabaran yang berbeza. Embrace it and you'll be great!

2) Baik dengan senior

Rajin bergaul dengan senior supaya cepat terima dengan persekitaran sekolah. Lain sekolah lain budaya. Jadi, jangan bandingkan. Senior mungkin perlahan berkaitan teknologi maklumat, tetapi mereka laju tentang perkara lain kerana kaya pengalaman. Pengalaman mereka akan beri jalan singkat untuk kita bekerja lebih bijak.

3) Teori vs Praktikal

Jujurnya teori dengan pelaksanaan itu memang berbeza terutamanya berkaitan pedagogi. Belajar lain, jadi cikgu lain! It's ok cikgu-cikgu. Buat juga perlahan-lahan walau penuh pancaroba dan halangan sampai tahap dapat 'deep understanding'

4) Tutup sekejap laman media sosial

Bila berada di tempat baru, disarankan untuk cikgu-cikgu tidak terlalu aktif di laman sosial masing-masing. Ini kerana, ingin mengelakkan anda memuat naik hantaran yang mungkin tidak berpuas hati dengan pengurusan sekolah. Jadi, beringatlah!

5) Persekitaran dan skop positif

Ikuti cikgu-cikgu bagus dan grup cikgu aktif. Insya-ALLAH anda pun akan terinspirasi!

6) Lima tahun pertama

Ini adalah tempoh untuk anda ‘explore your potential as a teacher’. Belajar dan terus belajar serta timbalah pengalaman sebaik mungkin.

Artikel berkaitan 

9 tip urus kewangan bagi cikgu muda yang baru posting

3 tip penting yang wajib murid lakukan sebelum Ujian Akhir Sesi Akademik bermula!

Senarai Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan