unnamed
unnamed

6 tip kekal selamat semasa menggunakan komputer awam

Mohd Khairi Mohamad Yusri
20 Dec 2021 11:40am
A
A
A

Hari ini, ramai pengguna sudah memiliki komputer peribadi untuk kegunaan sendiri.

Namun begitu, masih ada yang tetap menggunakan komputer awam disebabkan berlakunya kejadian tidak diingini terhadap komputer peribadi masing-masing.

Komputer awam sememangnya menjadi salah satu alternatif terbaik yang boleh kita gunakan.

Tapi setelah sekian lama menggunakan komputer peribadi, mungkin kita akan terlepas pandang akan bahaya yang boleh menanti ketika menggunakan komputer awam tersebut.

Oleh itu, GPSBestari kongsikan beberapa tip yang boleh anda ikut ketika menggunakan komputer awam.

1. Jangan simpan maklumat log masuk

Jika sudah tamat menggunakan komputer, pastikan anda sentiasa log keluar dari laman web dengan mengklik "log keluar".

Banyak program (terutamanya laman web sosial, e-mel dan sistem pemesejan segera) termasuk ciri log masuk automatik yang akan menyimpan nama pengguna dan kata laluan anda.

Matikan pilihan tersebut supaya tiada sesiapa boleh log masuk sebagai anda selepas anda selesai menggunakan komputer.

2. Jangan biarkan komputer tanpa pengawasan dengan maklumat sensitif pada skrin.

Jika anda perlu meninggalkan komputer, pastikan anda telah menlog keluar daripada semua program dan tutup semua fail yang mungkin memaparkan maklumat sensitif.

3. Padamkan jejak anda

Banyak browser yang menawarkan perkhidmatan ‘incognito’ yang tidak meninggalkan kesan aktiviti web tertentu. Jika anda tidak menggunakan perkhidmatan ini, browser yang anda gunakan mungkin akan menyimpan rekod kata laluan anda dan setiap halaman yang dilawati, walaupun selepas anda menutupnya dan log keluar.

4. Jangan simpan kata laluan

Sebelum mula melayari web, matikan ciri yang 'mengingat' kata laluan anda.

Dalam Google Chrome, selalunya browser tersebut akan bertanya sama ada anda ingin menyimpan password di dalam komputer tersebut, jangan sesekali memilih untuk menyimpan kerana orang lain boleh mengakses dan mendapatkan password tersebut.

5. Padamkan fail sejarah

Apabila selesai menggunakan komputer awam, anda boleh membantu melindungi maklumat peribadi dengan memadamkan fail sejarah penggunaan internet.

6. Jangan masukkan maklumat sensitif

Langkah-langkah di atas memberikan sedikit perlindungan terhadap penggodam biasa yang menggunakan komputer awam selepas anda menggunakannya.

Tetapi perlu diingat bahawa mungkin ada penggodam yang telah memasang perisian canggih pada komputer awam yang merekodkan setiap ketukan kekunci dan kemudian menghantar semula maklumat tersebut kepadanya.

Kemudian, tidak kira jika anda belum menyimpan maklumat atau jika telah memadamkan jejak anda, mereka masih mempunyai akses kepada maklumat ini.

Justeru, elakkan daripada memasukkan sebarang maklumat sensitif ke dalam mana-mana komputer awam, terutamanya nombor kad kredit anda atau sebarang butiran peribadi atau kewangan yang lain.

Semoga perkongsian ini membantu meningkatkan keselamatan anda ketika menggunakan komputer awam.

Sumber: csa.gov.sg

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan