nordwood-themes-q8U1YgBaRQk-unsplash (1) (1)
nordwood-themes-q8U1YgBaRQk-unsplash (1) (1)

7 trik pastikan telefon kekal laju seperti baharu

Mohd Khairi Mohamad Yusri
22 Oct 2021 04:20pm
A
A
A

Selepas telefon digunakan untuk satu jangka masa yang lama, sudah pasti ramai yang menyedari kemampuan telefon tersebut mula berkurang, semuanya akan menjadi lebih perlahan.

Mungkin ada yang mencadangkan untuk ‘restart’ semula telefon tersebut. Memang perkara itu merupakan salah satu langkah yang boleh digunakan untuk mengekalkan kelajuan telefon, namun ia mungkin tidak mencukupi.

Telefon tersebut mungkin memerlukan kemas kini aplikasi, namun jika kapasiti storan telefon sudah berada di tahap yang rendah, kemas kini tersebut mungkin akan memburukkan lagi keadaan peranti tersebut.

Oleh itu, GPSBestari ingin berkongsi 7 trik yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kelajuan telefon dan meningkatkan lagi jangka hayatnya.

gambar hiasan kredit unsplash

1. ‘Restart’ telefon sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

Penggunaan random access memory (RAM) akan jadi semakin tinggi sepanjang penggunaannya dan semakin meningkat selepas aplikasi baru dimuat turun. Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ruang penggunaan supaya ia boleh berfungsi dengan lebih pantas adalah dengan melakukan ‘restart’ sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Dengan ini, penggunaan RAM akan menjadi kosong dan telefon boleh beroperasi dengan baik semula. Untuk memudahkan kerja, jadualkan ‘restart’ secara automatik hari dan waktu yang dirasakan sesuai, perkara ini boleh dilakukan di bahagian ‘setting’ telefon.

2. Hanya gunakan sambungan Wifi ketika melakukan kemas kini aplikasi

Sememangnya bukan rahsia lagi bahawa mengemas kini aplikasi adalah sesuatu yang sangat penting, tetapi tidak bermakna perlu dilakukan semasa anda menggunakan data.

Ini kerana banyak aplikasi yang bersaiz terlalu besar dan akan memakan data dengan pantas, ia juga menjadi salah satu punca yang memperlahankan prestasi telefon.

Anda boleh memperbaikinya dengan pergi ke tetapan anda dan memilih Wifi sebagai satu-satunya cara untuk mengemas kini aplikasi. Sebaiknya jangan gunakan data untuk mengemas kini aplikasi yang melebihi 100 MB.

3. Matikan penggunaan skrin ambien

Ini membolehkan anda melihat pemberitahuan (notification) dengan mudah tanpa perlu membuka kunci skrin.

Namun, penggunaannya akan menghabiskan bateri lebih cepat dan membahayakan kesihatan bateri telefon dalam jangka masa panjang.

gambar hiasan kredit unsplash

4. Aktifkan penjimat data di Chrome

Terdapat data yang menunjukkan bahawa sekitar 90% pengguna telefon pintar menggunakan Chrome sebagai browser utama.

Di Google Chrome, anda boleh mengaktifkan fungsi penjimatan data di situ yang akan memampatkan halaman yang dilawati sebanyak 30%, manakala bagi video pula, penjimatan data yang diperoleh boleh mencecah 50%. Oleh itu, anda akan menggunakan data internet yang kurang dan pada masa yang sama Internet dapat dilayari pada kadar yang lebih pantas.

5. Bersihkan RAM

Biasanya, sistem Android akan mematikan dengan sendiri proses yang tidak perlu namun anda juga boleh melakukannya sendiri. Membersihkan memori sistem anda seberapa banyak yang dimahukan akan meningkatkan kelajuan telefon.

Mungkin ada yang mengambil jalan mudah dengan memuat turun sahaja aplikasi yang menawarkan fungsi ini, tetapi aplikasi tersebut sebenarnya akan menghabiskan banyak ruang storan di telefon dan kadangkala menghabiskan bateri dengan cepat.

6. Pasang aplikasi versi ringan (lite version)

Kadang-kadang, terdapat telefon yang mengambil masa yang lama memproses beberapa aplikasi berat, justeru akan mempengaruhi kelajuan telefon.

Oleh itu pertimbangkanlah untuk menggunakan aplikasi versi lite jika ia ditawarkan lebih-lebih lagi jika RAM telefon yang digunakan adalah rendah.

7. Elakkan telefon terdedah pada suhu ekstrem

Kebanyakan gajet akan membaca baterinya sebagai kosong jika terkena suhu yang sangat sejuk atau sangat panas. Oleh itu, jangan menggunakan telefon jika keadaan sekeliling berada pada suhu yang panas.

Jika anda sedang berada di kawasan yang beriklim sejuk, dinasihatkan juga untuk tidak mengeluarkan telefon bimbit pada ketika itu, tidak kiralah untuk membuat panggilan telefon atau melihat peta.

Pernahkah anda menyedari kerosakan bateri telefon anda dan kelajuannya disebabkan oleh salah satu ciri di atas? Mungkin anda mempunyai beberapa petua berguna lain yang ingin anda kongsikan kepada kami, berikan komentar anda di bawah.

Sumber: brightside

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan