9 langkah wajib pelajar ikuti sebelum menduduki peperiksaan
9 langkah wajib pelajar ikuti sebelum menduduki peperiksaan

9 langkah wajib pelajar ikuti sebelum menduduki peperiksaan

Roshlawaty Md Raieh
08 Dec 2022 11:56am
A
A
A

Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 baru sahaja berakhir 5 Disember lalu.

Ketika ini, murid-murid Tahun Lima UPKK mampu menarik nafas lega kerana peperiksaan sudah pun berakhir.

Bagaimanapun, bagi kumpulan pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun depan, sudah semestinya sedang berjuang habis-habisan dengan mengulang kaji pelajaran selagi masih ada masa.

Bagi membantu calon-calon mendapat keputusan cemerlang, Sinar Bestari kongsikan beberapa langkah wajib yang pelajar perlu buat sebelum tibanya waktu peperiksaan.

Jom baca langkah-langkah yang dimaksudkan itu.

1) Sediakan tempat sesuai untuk belajar

Sebelum memulakan pembelajaran, pelajar disaran mencari ruang yang paling selesa dan nyaman, misalnya di tepi tingkap di dalam bilik masing-masing. Pastikan ruang atau sudut tersebut mempunyai capaian internet, pengudaraan dan pencahayaan yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran.

2) Kemas meja belajar cantik-cantik

Meja belajar yang penuh dan tidak teratur akan menyebabkan mood belajar juga merudum. Sebaiknya, kemaslah meja anda cantik-cantik. Mana-mana barang yang tidak diperlukan, simpan sahaja di tempat lain. Pastikan meja itu hanya ada buku latihan, lampu belajar, komputer riba, alat tulis, wangian dan juga beberapa buku rujukan.

3) Waktu belajar yang sesuai

Waktu belajar setiap orang tidak sama. Sesetengahnya lebih suka belajar pada waktu pagi atau malam. Terpulang pada diri masing-masing kerana anda lebih tahu masa yang sesuai untuk membaca buku.

4) Menghafal formula

Sukar hendak ingat formula dan fakta? Pelajar boleh catatkan beberapa fakta di atas kertas yang kecil dan berwarna-warni, kemudian tampalkan pada dinding atau ruang yang selalu anda lihat. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu mengingati fakta dan formula yang diberikan guru.

5) Dengar muzik yang indah

Belajar sahaja akan membuatkan seseorang itu tertekan. Sambil membuat latihan Matematik atau apa sahaja subjek, mainkanlah muzik yang tenang dan indah. Sebaiknya elakkan muzik yang selalu pelajar dengar kerana bimbang anda akan leka menyanyi seorang diri di dalam bilik.

6) Jangka masa belajar

Belajar juga ada jangka masanya. Jangan paksa diri belajar dari pagi hingga malam. Seelok-eloknya, selang-selikan waktu belajar dengan rehat, makan dan paling penting, jangan lupa solat.

7) Senaraikan sasaran

Pasangkan sasaran anda setiap hari. Hari ini ulang kaji Bahasa Melayu, esok Matematik dan begitulah seterusnya. Jangan ulang kaji semua subjek sekali gus dalam sehari nanti pelajar akan tertekan sehingga menjejaskan proses pembelajaran.

8) Jauhi media sosial

Jauhi media sosial atau apa sahaja permainan di dalam telefon pintar. Sebaiknya, pada waktu singkat ini, anda harus gandakan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

9) Rehat dan makan yang mencukupi

Jangan abaikan pemakanan dan waktu rehat anda. Kelaparan dan rehat yang tidak mencukupi akan mengganggu pelajar untuk membaca buku.

Artikel berkaitan 

Guru Cemerlang SMS Pasir Puteh kongsi 10 tip skor A+ Bahasa Melayu SPM

Tip skor subjek PSV SPM

Enggan kecewa sekali lagi, Izz Khalisa bangkit dan akhirnya muncul pelajar cemerlang SPM 2021


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan