Salin pautan dan beri kepada anak murid
Salin pautan dan beri kepada anak murid

Cara pindah soalan dari Word ke Google Form

Rasyidah Zulkifi
08 Apr 2022 07:00am
A
A
A

Guru-guru boleh menyediakan soalan kuiz atau tugasan kepada anak murid secara digital dengan menggunakan perisian Google Form.

Apa yang diperlukan cuma rangkaian internet yang stabil dan peranti canggih seperti komputer dan telefon pintar.

Baca juga

Cara tengok ‘responses’ ataupun jawapan pelajar di Google Form

Tidak tahu cara buat pemasa di Google Form? Ikuti langkah yang dikongsikan ini

Pada entri kali ini, Sinar Bestari berkongsikan cara pindah soalan dari ‘Word’ ke ‘Google Form’ tanpa ‘copy and paste’.

***

Buka pelayar kemudian log masuk ‘Google Drive’, tekan ‘New’, ‘File upload’ dan pilih fail ‘Word’ yang mengandungi soalan yang ingin dimuat naik.

Muat naik ke Google Drive

 

Tukar format ‘Words’ ke ‘Docx’ dengan menekan fail tersebut, klik ‘Open with’ dan ‘Google Docs’.

Tukar ke Googe Docs

Seterusnya, klik di ruangan ‘File’, ‘Save as Google Docs’ dan buat sedikit perubahan pada soalan-soalan yang disediakan.

Buang tajuk dan nombor

Buangkan tajuk dan nombor-nombor soalan, kemudian, kembali kepada ‘Google Drive’, tekan ‘New’, ‘More’ dan ‘Google Forms’.

Buat Google Form baru

Pada halaman ‘Google Forms’, boleh namakan tajuk latihan di ruangan ‘Form description, tambahkan nama dan kelas di bahagian ‘Short answer’ dan klik butang ‘Required’.

Tekan titik tiga di penjuru kanan pelayar, klik ‘Add-ons’, taip ‘Form Builder’ dan pasang penyambung Google tersebut.

Add-ons Form Builder

Kembali kepada halaman ‘Google Form’, tekan butang ‘Add-ons’, ‘Form Builder’ dan ‘Start’.

Klik Form Builder

Penyambung itu akan mengeluarkan pemberitahuan ke manakah ingin muat naik fail, jadi, klik pada ‘Google Docs’, pilih soalan yang berkenaan, klik ‘Select’ dan ‘Import Selected’.

Pilih fail yang betul

Tekan pada ‘Setting’, ‘Quizzes’, ‘Make this a quiz’ dan ‘Save’ bagi mengubah soalan tersebut dalam bentuk kuiz.

Tetapkan sebagai kuiz

Tambah nombor, kekunci jawapan dan skor kepada setiap soalan yang disediakan untuk murid-murid.

Ulang proses yang sama untuk soalan-soalan berikutnya, klik ‘Send’ dan salin pautan untuk diberikan kepada anak murid.

Salin pautan dan beri kepada anak murid

Semoga bermanfaat!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan