Guru Cemerlang SMS Pasir Puteh kongsi 10 tip skor A+ Bahasa Melayu SPM
Guru Cemerlang SMS Pasir Puteh kongsi 10 tip skor A+ Bahasa Melayu SPM

Guru Cemerlang SMS Pasir Puteh kongsi 10 tip skor A+ Bahasa Melayu SPM

Roshlawaty Md Raieh
01 Dec 2022 05:49pm
A
A
A

Mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) merupakan subjek wajib lulus untuk melayakkan calon-calonnya mendapat sijil bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, ia juga dikira sebagai merit bagi membolehkan seseorang pelajar menyambung pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) kelak.

Menurut Guru Cemerlang BM Sekolah Menengah Sains (SMS) Pasir Puteh, Kelantan, Cikgu Norasma Mohamed Salleh, subjek BM mungkin dilihat sangat mudah bagi sesetengah pelajar.

Bagaimanapun, ia mungkin dilihat begitu sukar bagi pelajar-pelajar tertentu disebabkan mereka tidak mahir dalam menguasai subjek berkenaan.

Sehubungan itu, Cikgu Norasma terpanggil untuk membuat perkongsian berkenaan 10 tip skor A+ dalam mata pelajaran BM bagi pelajar Tingkatan Lima.

Kepada Sinar Bestari, Guru Cemerlang ini senaraikan tip mudah dan berharap calon-calon SPM akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Berikut tip skor A+ BM untuk pelajar Tingkatan Lima hadamkan.

1) Baca soalan dengan teliti.

2) Garis perkataan yang penting, contoh peranan pihak kerajaan, usaha-usaha, langkah-langkah dan ciri-ciri.

3) Tiga perkara yang paling utama yang perlu pelajar ambil perhatian ialah tema, sasaran dan kehendak soalan.

4) Jawab soalan yang lengkap. Pastikan dalam setiap ayat WAJIB ada subjek dan predikat.

5) Semasa menjawab, pilih kosa kata yang tepat. Contoh, ibu bapa haruslah membimbing/ mendidik/ menjadi suri teladan dan sebagainya.

6) Calon hendaklah memastikan menjawab soalan dengan ejaan yang betul.

7) Elak kesalahan tatabahasa untuk mendapat A+.

8) Pastikan ayat yang gramatis dan pengolahan ayat yang menarik.

9) Semasa menjawab, calon hendaklah memerhati jumlah markah. Sila jawab 4/5 isi sekiranya markah yang diperuntukkan tiga markah. Ini untuk soalan pemahaman bagi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ).

10) Akhir sekali akur pada soalan yang telah diutarakan. Contoh soalan rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan, jadi sila AKUR jangan buat lebih.

Pastikan A+ BM SPM dalam genggaman anda!

Artikel berkaitan

Tip skor A subjek Fizik SPM, Cikgu Nurul Husna kongsi rahsianya

Lepasan SPM berminat menjadi doktor? Mohon hadam perkongsian ini dahulu! 

Gelisah bila tiba hari pencerapan? Perkongsian 6 tip Guru Besar Cemerlang ini mungkin membantu!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan