244737361_6597930420224818_3607734248331427560_n (1)
244737361_6597930420224818_3607734248331427560_n (1)

Hati-hati serangan ‘Zoom Raider’, ini cara mudah guru boleh lakukan

Mohd Khairi Mohamad Yusri
14 Oct 2021 09:55am
A
A
A

Zoom, Google Meet dan sebagainya merupakan platform yang digunakan oleh guru dan murid sepanjang tempoh Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Platform-platform ini sangat memudahkan pelajar untuk mendapatkan ilmu walaupun tanpa bersemuka.

Namun di sebalik kemudahan ini, ada segelintir pelajar yang menyalah guna dan berkongsi pautan kelas kepada orang luar dengan tujuan membuat kacau ketika sesi PdPR sedang berlangsung. Aktiviti-aktiviti tidak bermoral ini dikenali sebagai ‘Zoom Raid’.

Seperti contoh, baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Fiefah Ariffin berkongsi kerisauan setelah mengetahui kewujudan ‘Zoom Raider’ yang mengganggu pembelajaran kelas anaknya.

“Mereka masuk ke pautan kelas membuat kacau seperti menghantar pelbagai jenis gambar, termasuklah gambar yang tidak senonoh, yang bertujuan untuk mengganggu sesi pembelajaran kelas tersebut.

Antara perbincangan di dalam sebuah 'group zoom raid' di telegram

 

“Akhir sekali, semua ahli asal kelas ditendang keluar dari sesi,” tulisnya

Pengguna yang bernama Bunga Bunga ketika memberikan komentar dalam hantaran tersebut berkata: “Sebab tu cikgu digalakkan guna emel KPM apabila mengadakan kelas Google Meet kerana ia lebih selamat. Hanya pelajar yang menggunakan emel KPM sahaja dibenarkan masuk. Sementara yang menggunakan emel selain KPM perlu mendapatkan kebenaran sebelum memasuki kelas.”

 

Kepada guru-guru, boleh ikuti cara yang kami kongsikan di bawah bagi mencegah perkara ini daripada berlaku di kelas anda.

1. Pastikan “Host setting" sentiasa diaktifkan

2. Hanya masukan akaun-akaun yang dikenali sahaja.

3. Jangan gunakan sebarang extension untuk memasukkan orang secara automatik.

4. Jika mahu fokuskan kepada pengajaran, lantik seorang pelajar untuk menguruskan kemasukan ke dalam kelas.

Semoga manfaat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan