Murid lemah matematik? Nah, ini 4 tip untuk bantu mereka skor A
Murid lemah matematik? Nah, ini 4 tip untuk bantu mereka skor A

Murid lemah Matematik? Nah, ini 4 tip untuk bantu mereka skor A

Roshlawaty Md Raieh
20 Jan 2023 01:23pm
A
A
A

TIDAK dinafikan, hari ini masih ramai murid-murid sekolah rendah yang lemah dan tidak dapat menguasai subjek Matematik.

Kenyataan ini turut disokong Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor kepada Sinar Bestari.

Menurutnya, ada beberapa tip yang ingin dikongsi khas untuk membantu murid-murid yang berhadapan masalah menguasai subjek tersebut.

“Empat tip ini mungkin dapat menolong anak-anak murid memperoleh markah tinggi dalam ujian atau peperiksaan mata pelajaran Matematik.

“Ibu bapa dan penjaga boleh mencubanya di rumah ketika mengajar anak-anak. Insya-ALLAH, mereka mampu untuk skor A dalam subjek ini,” ujarnya.

Berikut empat tip yang dinyatakan oleh Cikgu Mohamad Hakim untuk rujukan semua.

Semoga bermanfaat!

1) Tarik minat mereka

Banyak cara untuk menarik minat anak-anak kita. Antaranya jadikan Matematik sebagai topik perbualan harian. Kemudian, jelaskan pada mereka akan kepentingan belajar Matematik.

Maklumkan pada anak-anak Matematik adalah satu subjek yang sangat dekat dengan kehidupan seharian.

Bermula dengan kita bangun tidur, hinggalah mahu melelapkan mata, semuanya berkait dengan Matematik. Terangkan semua ini dengan cara yang mudah untuk anak-anak faham.

2) Sedikit-sedikit

Dalam satu helaian lembaran kerja, elak untuk beri soalan yang terlalu banyak. Bila nampak soalan yang banyak, anak-anak akan merasa terbeban untuk menyelesaikan kesemua soalan itu.

Mereka yang lemah dalam Matematik akan cepat menyerah dan mengaku kalah walaupun belum mencuba.

Cadangan saya, cukup satu lembaran kerja itu dengan empat atau lima soalan sahaja. Bina keyakinan mereka dahulu. Letakkan kepercayaan yang mereka boleh selesaikan lima soalan itu. Secara tidak langsung, anak-anak akan tanam dalam minda bahawa sekiranya lima soalan itu mereka boleh buat dengan cemerlang, mengapa tidak untuk 15 soalan yang lain.

3) Pujian

Selepas selesai menjawab lima soalan, semak dan bincangkan langkah penyelesaian. Sekalipun jalan kerja murid-murid salah, berikan pujian kerana mereka sudah cuba yang terbaik.

Percayalah, anak-anak akan terus cuba untuk berikan yang terbaik pada hari-hari mendatang.

4) Percaya

Kita sebagai ibu bapa dan guru, harus ada rasa percaya pada anak-anak. Jangan berhenti berharap dan jangan jadikan perkataan mustahil sebagai zikir harian. Percaya dan bergantung harap serta berdoa pada ALLAH.

Just keep believing. Selagi mana ada usaha, selagi itu ada jalan dan selagi itu belum pengakhirannya.

Artikel berkaitan 

Panitia Matematik perkenal 9 kaedah mudah untuk murid mahir subjek itu

5 tip mudah skor A+ Matematik SPM, pelajar pasti boleh buat!

Guru Sains kongsi 3 kaedah perubatan untuk panduan pelajar Tingkatan 4


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan