Tip mudah cuci baju sekolah warna putih, kaum ibu boleh cuba cara ini
Tip mudah cuci baju sekolah warna putih, kaum ibu boleh cuba cara ini

Tip mudah cuci baju sekolah warna putih, kaum ibu boleh cuba cara ini

Roshlawaty Md Raieh
04 Jun 2022 11:04pm
A
A
A

Pakaian seragam sekolah di Malaysia kebanyakannya berwarna putih dan berseluar biru untuk sekolah rendah.

Manakala bagi sekolah menengah pula, seluar para pelajarnya adalah berwarna hijau.

Baju sekolah berwarna putih memang sukar untuk dijaga dengan baik apatah lagi jika yang memakainya adalah murid sekolah rendah.

Ia mudah kelihatan kotor jika terkena atau tertumpah makanan dan minuman walau dalam kuantiti yang sedikit. Sekiranya tidak dicuci dengan segera, baju tersebut akan menjadi kekuning-kuningan.

Situasi sebegini sudah pasti membuatkan golongan ibu pening kepala dalam memikirkan cara untuk memutihkan semula baju sekolah anak-anak.

Menerusi laman Facebook Dobiru, ada dikongsikan cara mencuci baju putih dengan menggunakan bahan yang mudah.

Sinar Bestari kongsikan di sini untuk rujukan kaum ibu di luar sana. Semoga bermanfaat.

1) Perahan lemon

Perahan lemon mampu memutihkan baju. Rendamkan baju di dalam baldi dengan air bersih. Pastikan baju terendam sepenuhnya. Ambil 1 atau 2 biji lemon (keperluan lemon bergantung kepada kuantiti baju) dan perahkan ke dalam rendaman tadi.

Selesai perah, masukkan lemon tadi ke dalam rendaman dan kacau rata. Rendam selama 10 minit. Kemudian, lakukan cucian seperti biasa.

2) Pes atau cecair pencuci pinggan

Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju, anda boleh cuba gunakan pes atau cecair pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut. Sapu pes pada bahagian yang terkena sambal tadi dan biarkan 15 hingga 20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa.

3) Sabun mandi

Untuk menghilangkan kotoran degil, ibu-ibu digalak basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi yang jenis buku terus pada bahagian kotoran.

Gunakan berus baju yang lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor tadi. Seterusnya, cuci macam biasa.

4) Susu pekat

Kesan dakwat pen pada baju memang sukar untuk dihilangkan. Jadi, sebelum anda gunakan sebarang bahan untuk mencuci kesan pen tersebut, ambil tiga sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air. Alihkan bancuhan tadi ke atas kesan pen dan biarkan selama satu jam. Selepas itu, cuci dengan sabun seperti biasa.

5) Marjerin

Untuk hilangkan kesan minyak pada pakaian, gunakan majerin. Ini kerana marjerin adalah sejenis lemak tepu. Cara mencucinya adalah dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan beberapa minit.

Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendam baju tadi dengan air suam untuk dibersihkan sepenuhnya sapuan marjerin tadi. Jika masih tidak bersih sapuan marjerin tadi, cuci beberapa kali dengan air suam. Selepas itu, anda boleh cuci seperti biasa.

6) Tepung

Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terkena minyak. Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum dicuci seperti biasa.

7) Limau nipis

Baju putih mudah terkesan dengan lunturan warna dari pakaian lain. Rendam baju dalam air panas. Ambil beberapa biji limau nipis (5 hingga 10 biji) bergantung kepada berapa banyak baju dan kesan lunturan tadi. Perah limau nipis ke dalam air panas yang mengandungi baju tadi, campurkan sedikit sabun basuh. Kacau dan rendam dalam satu jam. Selepas itu bilas seperti biasa.

Sumber: Facebook DoBiru

Artikel berkaitan 

5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah

5 tip permulaan bagi pelajar yang memilih dunia jahitan atau bidang fesyen sebagai kerjaya

Mengapa murid asyik main game? Nah, ini 13 faktor yang buat mereka leka dan abaikan pelajaran


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan