New Project (1)
New Project (1)

Tip selamatkan barang elektrik dan elektronik yang tenggelam ketika banjir

webadmin
21 Dec 2021 09:47am
A
A
A

Hujan lebat yang berterusan sudah pasti akan menyebabkan beberapa tempat ditenggelami air.

Kami di Sinar Bestari turut berduka cita dengan keadaan mangsa yang terlibat dalam bencana ini.

Setelah banjir mulai surut, apabila memikirkan semua perkakasan di dalam rumah seperti peti sejuk, TV, komputer dan sebagainya, pasti ramai mangsa yang merasa sedih dan memikirkan kos untuk membaik pulih atau membeli yang baharu.

Mungkin juga ada yang sudah berkira-kira untuk membuang barangan tersebut tetapi dinasihatkan agar jangan dibuang dahulu kerana barang-barang elektrik dan elektronik tersebut mungkin masih boleh diselamatkan walaupun sudah beberapa hari terendam dalam air banjir berlumpur.

Di sini kami kongsikan tujuh tip yang diambil daripada perkongsian Saiful Nang untuk anda bersihkan barang elektrik selepas banjir surut.

*****

Tip kepada mangsa banjir berkaitan barangan elektrik dan elektronik yang terendam banjir

Ini juga adalah pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra, Kedah pada 2005.

Bila banjir surut, anda masuk ke dalam rumah dan dapati TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja, peralatan letrik, dapur dan lain-lain perkakas elektrik termasuk computer peribadi (PC) atau computer riba (laptop) berselerak, lintang pukang macam sampah.

Jangan ingat itu semua sudah menjadi sampah yang perlu dibuang.

Ingatlah komponen barangan elektrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air. Ia sebenarnya diperbuat daripada plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun apabila kena air jika tiada arus elektrik mengalir pada saat ia tenggelam dalam air.

Jadi berkemungkinan besar tidak ada apa yang rosak pada peralatan-peralatan itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur.

Apa harus anda buat:

1) Jangan sesekali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.

2) Kumpul semua peralatan elektrik, kemudian basuh dengan air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3) Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.

4) Bila sudah rasa cukup bersih, jemur tengah panas dua ke tiga hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.

5) Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.

6) Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.

7) Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir 2005.

Kira-kira 90 peratus barangan elektrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan elektrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.

Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan elektrik yang baru - tolong copy paste posting ini dan forward kepada rakan / kenalan yang jadi mangsa banjir.

Mudah-mudahan kita membantu.

Kredit: Saiful Nang

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan